lieya

lieya

Sunday, November 24, 2013

Realiti Sebuah Kehidupan....

Salam...

Lya rasa berat hati sangat sekarang, walaupun hari ini baru hari Ahad (24/11/13) lagi 4 hari khidmat Lya di ILP Marang sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17 (Pekerja Sambilan Harian) akan tamat. Kiranya ni minggu dan saat terakhir Lya berkhidmat di sini. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka Lya kat sini...biar pun Lya kerja kat sini baru 11 bulan (Kursus T-Gas = Jan-Jun) +(PSH = Jun-Nov) tapi Lya dah selesa dengan pegawai kat sini. 
Mereka semua tak kira pegawai atasan mahupun bawahan semuanya baik, peramah, mesra dan tak lokek ilmu. Lya suka bekerja dibawah seliaan mereka. Banyak juga pengalaman baru Lya belajar di sini. Terima Kasih tidak terhingga Lya ucapkan kepada semua Staf ILP Marang kerana sudi menerima Lya untuk berkhidmat di sini, walau tempohnya hanya sementara tapi Allahamdulillah ini ketentuan Daripada-Nya. Lya rasa sangat bertuah dapat mengenali En. Zul selaku Pengarah di sini...Dia sangat baik, beruntung pegawai ILP Marang ni dapat bos yang begitu baik. Timbalan Pengarah pun sangat baik dan peramah di samping Pegawai-pegawainya Kak Hazama, EO Fatimah, Kak Za, C.C Anida, Kak Ma, Kak Su, En. Ya, En. Riduan, Kak Munirah dan semua lah tak tertaip di keyboard ni sebab ramai sangat. Pada yang namanya tak tertulis di sini jangan risau nama anda tetap tertulis di hati Lya ni...Cewah....ayat kan..hehehehe. (saje je tu nak menghiburkan hati yang sedang gundah gelana ni).
Lya tak kan lupakan kalian semua di sini..apa yang terpahat akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup Lya. Walaupun jarak rumah Lya dengan tempat ni tak jauh tapi Lya rasa selepas tamat kontrak ni pasti Lya dah segan nak datang ke sini kecuali ada kes-kes emergency. Tapi Lya percaya pada Qada & Qadar dari Allah S.W.T andai Lya masih berjodoh dengan tempat ini In Sha Allah suatu hari nanti Lya akan di hantar kembali ke sini..tak sebagai pekerja mungkin sebagai pelajar kemahiran atau apa-apa la kan...ini semua tak mustahil boleh terjadi kan....hehehehe...
Di kesempatan ini, (dalam hujan renyai ini) Lya ingin mengatur 10 Jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang Lya berada di sini Lya ada melakukan kesilapan atau ada melontarkan kata-kata yang menggores hati semua. Pada yang Lya tak pernah sapa @ tegur pun Lya minta maaf...Lya sebenarnya bukan sombong tak nak tegur kalian tapi Lya jenis yang agak berat mulut untuk memulakan perbualan kerana takut nanti termalu diri sendiri. Lya ni jenis agak pemalu jadi susahlah untuk memulakan sesuatu proses komunikasi. Tapi benda ni Lya perlu salahkan diri Lya sebab Lya tak belajar untuk mengikis sifat ni sejak dari awal lagi. Lya tak belajar untuk jadi riuh & mesra dengan orang, Lya tak belajar cara berkomunikasi yang betul sejak dari dulu lagi. Lya minta maaf sangat kerana Lya tahu setiap yang buruk itu datangnya dari diri Lya sendiri dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.


Sweet Memory in ILP Marang..Raya Aidilfitri 2013

Staf Lelaki 

Berganding Bahu Pengarah & Tim. Pengarah

Me & Adik2 Praktikal

Ramai-Ramai
Kak Su..EO Fatimah (Penyelia Lya) & Kak Munirah

Ratu & Puteri ILP Marang...


P/S: Setiap kenangan bersamamu akan terus terpahat di hati & sanubari ini.....I will Miss u all....


Tuesday, October 22, 2013

Dicuci dengan Vanish….

Salam….hari ni Lya nak kongsi sedikit pengalaman dengan korang semua. Tengok pada ayat entry Lya hari ni macam nak kongsi tips2 mencuci baju je kan…siap guna Vanish bagai…Sebenarnya Lya nak kongsi benda lain yang lebih baik untuk korang pelajari nak tahu x????
jeng….jeng…jeng….
hahaha…
x sabar nampaknya yer….sabar…sabar…ok….
Sebenarnya semalam 21/10/2013 (Isnin) Lya telah dipanggil interview oleh pihak SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir  (Kewangan)  W17.  Lya agak tak bersedia untuk menghadiri interview ni sebab last minit baru dapat tahu…tahu tu pun bila Lya terbuka email Lya. Lagi pun minggu ni Lya agak sibuk menguruskan sesuatu. Transport  pun  xde…abang Lya keja, kereta abang ipar lak rosak..lagi malasla Lya nak menghadiri interview ni. Tapi bila difikirkan balik rasa rugi kalau tak pergi kan…Allah S.W.T tu dah bagi Lya peluang ni, so Lya perlulah mencuba nasib kan….
Asalnya Lya rancang nak pergi dengan adik Lya tapi x jadi lak. Memang dah putus asa rasanya Lya tak kan pergilah kan. Tak senang duduk jugak sebenarnya masa tu maklumlah ada orang bagitahu kalau kita tak pergi interview ni pihak SPA akan blacklist nama kita..Tolonglah…Lya nak jugak keja Gomen…Puas fikir tetiba teringat seseorang…tanpa segan dan silunya Lya mesej dia & dia sudi bawakan Lya.
Malam semalam Lya adalah study sikit, baca tentang pengetahuan am..nama-nama menteri, bidang tugas dan isu-isu semasa. Bila otak dah rasa xboleh terima apa yang Lya baca so apa lagi 
zzzzzZZZZZZZZZZZ.........................
 tido ler kejenya. Pagi menjelma…saat ayam baru mengepakkan sayapnya Lya bangun, mandi & menjalankan kewajipan sebagai seorang hambaNya…Macam biasa Lya ke office & isi borang keluar . Lya xambik cuti sebab interview ni rasanya kejap je, rugi lak kan kalau ambik cuti. hehehe jahatkan…..
Lya punya interview kul 10.00 a.m  tapi jam 9.30 a.m Lya dah sampai. Masa tu Lya tengok xde orang mane pun..Lya orang ke-3 yang sampai dan akan diinterview..belum siap pegawai kat kaunter pendaftaran check Lya punya fail, panel penemuduga dah tekan loceng minta calon masuk ke bilik interview…Ya Allah takutnya rasa berdebar-debar hanya Tuhan yang tahu…nasib baiklah pegawai kat kaunter tu bagitahu belum siap check fail Lya…so ada masa lagi untuk Lya mengawal ketakutan & kegementaran Lya ni…. (betul ke ayat tu) hehehe.
Tiba masanya……..

Dengan sopannya Lya mengetuk pintu bilik temuduga tu…macam biasa bagi salam, fail dan duduk bila panel dah bagi green light. Gementar masih ada…mula2 sesi memperkenalkan diri…suara Lya agak tersekat-sekat…Panel tu banyak Tanya pasal latar belakang Lya kenapa xnak sambung master…cukup ke gaji gred 17 untuk Lya & banyak lagila…Apa yang Lya respect kat dua orang panel ni, dieorang banyak bagi nasihat & tips temuduga untuk Lya. Walau Lya tahu Lya xlepas interview ni tapi Lya rasa berbaloi  ke interview ni. Lya dapat pengalaman & kritikan yang membina dari dieorang. Dieorang ckap Lya kena pandai market diri Lya, kena  baiki komunikasi Lya..Lya sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan dieorang yang xlokek berkongsi ilmu dengan Lya…In Sha Allah Lya akan cuba buat yang terbaik satu masa nanti. To panel En. Zabidi & cik/pn. Ifa terima kasih sangat….Lya suka cara korang…Lya janji Lya xkan berputus asa & Lya akan cuba buat yang terbaik lepas ni….

Wednesday, September 4, 2013

LYA vs KEBOSANANG...

Salam....

Hari ni Lya rasa bosan sangat-sangat...biasala bila bos tak ade anak-anak buah semua beraya sakan ye...Oh ya sebut pasal raya, Lya rasa masih belum terlambat (biarlah dah hujung2 syawal nak wish jugak) untuk Lya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Maaf Zahir & Batin. Tak lupa juga untuk Lya mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke- 56. Bersyukurlah kita kerana negara kita ini masih aman damai tiada peperangan seperti di negara-negara luar tu..Walaupun harga minyak dah naik 20 sen, tapi kita kena berpandangan positif dengan perkara ini ok...(positifkah kita???)
Malas nak ulas pasal isu-isu semasa ni ye so, kita lupakan pasai minyak-minyak ni kita cerita pasai lain.
tukar channel ye....press button 1...2.....3..... 

Ok bertemu lagi kita dalam rancangan bosanku, bosanmu jua..hahaha....oitttttt minta maaf apa Lya merepek ni...kat sini pon anda dah boleh tengok tahap kebosanang Lya tahap mana kan hehehe......Sorry...
 
MiNtaK MaaF yEr.....
Buat masa ini Lya rasa tak ada benda penting yang nak dikongsikan kat sini...
Kerja Lya Allahamdulillah Allah masih beri Lya rezeki sambung kontrak 3 bulan lagi. Walaupun kerja ni hanyalah kerja sementara Lya percaya Allah tu dah atur yang terbaik untuk Lya. Lya bertawakal dan berserah hanya pada-Nya. Dia maha mengetahui akan segala-galanya kan. In Sha Allah Dia pasti akan tolong kita bila tiba saatnya... In Sha Allah....
ok...ok...ok....... 
Lya rasa sampai di sini saja la Lya nak berceloteh..lenguh pulak jari kita ni nak menaip dan merepek panjang-panjang...oklah...Bye...Bye...

SELAMAT HARI MERDEKA......
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

Thursday, July 25, 2013

Puasa & Raya


Salam.....

Alamak cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar sekarang dah 16 Ramadhan. Masa ni kebanyakkan kita dah berada dalam mood raya dah kan...Masing-masing sibuk nak siapkan kuih raya, siapkan baju raya tambah-tambah yang mengambil upah mesti rasa tak cukup masa...Lya tempah je baju raya tahun ni...tak banyak adalah 4 pasang...(hampeh je kan kata tak banyak)  
HeHeHeHe....


Kuih Raya lak Lya tak buat apa lagi...perancangan nak buatkan tu ada tapi mood RAJIN Xmai lagi so tak dak apalah kan kalau dah Mood tu tak muncul-muncul lagi..huhuhu...(xdak ke org nak derma kuih kat Lya, nanti xyah buat dah) Kurang ajor kan ayat minta derma lak, banyak cikadak ang...errrrrrrrggghhhh Tolong Rajin-rajinkan diri anda ye Cik Lya..Tak nak Malas-malas tak nak...tak nak...tak nak tau....
Lempang laju-laju baru tau.



Marah ni...marah ni....silalah nanges...Puasa tahun ni Allhamdulillah masih full....rasa seronok & bersyukur sangat kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini..In sha Allah moga-moga apa yang kita amalkan diterima oleh-Nya..Amin....Harap-harap Puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas..Mood raya pon sekarang ni dah ada dah tapi masih dalam 40 peratus lah kot hehehe..Banyak benda nak kena buat ni..nak kemas umah lagi...nak buat kuih lagi..& macam-macam lah masih dalam perancangan jadi ke idak tu tak tahulah kan..kita sebagai insan hanya mampu merancang...heheheHarap Raya tahun ni my beloved brothers & keluarga dia balik beraya kat kampung barulah meriah suasananya...rumah sesak dengan penghuni...Tak kisahlah walau rumah kecil tapi yang penting penghuninya bahagia...Oklah nak sambung buat kerja la pulak, Lya chaw dulu lah ye ok papai...Selamat Berpuasa Semua....Jadi Budak Baik taw



Salam...

Sunday, July 21, 2013

luahan rasa

Hari demi hari
hati ini sering menangis..
merintih pedih..
dugaan demi dugaan melanda hidup ini
kadang-kadang terasa tiada daya lagi
untuk menanggung segala-galanya
semua yang aku lihat hanya satu penipuan dan kesakitan
semuanya menimbulkan kebencian
kebencian demi kebencian
sehingga terasa hati ini keras sekeras batu dilautan..
sampai bila lagi harus aku tanggung semua ini
sebanyak mana lagi sabar yang dapat aku pertahankan..
Ya Allah maafkan diri ini kerana selalu merintih dengan dugaan yang kau hadiahkan
Maafkan diri ini kerana wujud titik-titik kebencian dalam hati ini
Sesungguhnya aku juga benci dengan semua rasa ini
Namun aku hanya insan biasa
Punyai hati yang sama seperti manusia biasa
Tak bisa lari dari rasa kecewa…rasa benci…
Maafkan aku Ya Allah
Hanya padaMu tempatku mengadu
Aku yakin dengan segala perancanganMu Ya Allah..
Pasti disebalik semua ini
Akan terselit hikmah-hikmahMu Ya Allah
Kau tabahkan dan kuatkanlah hati ini
Untuk melalui hari-hari yang mendatang Ya Allah
Aku perlukanMu disetiap hela nafasku Ya Allah…

Dan aku yakin hanya diriMu sebaik-baik penolong dan perlindung untukku Ya Allah

Sunday, June 23, 2013

Senarai Lengkap Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri 2013

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM 
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA  (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
(6)  YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
(7)  YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
(8)  DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
KEMENTERIAN KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
(3) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AHMAD BIN MASLAN
KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN  (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI
KEMENTERIAN LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR)
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN
KEMENTERIAN  KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA
KEMENTERIAN  WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
KEMENTERIAN  PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
KEMENTERIAN  TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN 

SUMBER: http://kedahan69ers.com/senarai-barisan-kabinet-pm/
(untuk rujukan Lya dan sape2 yang ingin mengetahui...hehehe)

Thursday, June 13, 2013

Hari Terakhir Berstatus Pelatih...

Salam...

Haloww...halowww..hallowww....
Apa khabar semua...harap-harap korang macam biasalah ye sihat sentiasa di samping insan-insan tersayang...
Hari ini Lya ada terbaca kat muka hadapan Berita Harian terpapar artikel berkenaan Pemilik blog atau portal diwajib dedah identiti sebenar...so Lya terkonpius seketika adakah Lya pon perlu berbuat sedemikian...hehehehe takpelah nanti kita tunggu tengok dan lihat ye...apa-apa pun Lya rasa incik Belog Lya ni suci murni...bebas..bersih daripada apa-apa hasutan dan politik bagai tu kan. Bagi Lya disini Lya cuma nak mencoretkan apa yang Lya alami...kenangan suka dan duka dalam sebuah kehidupan dan ia tiada kena mengena dengan politik atau sesiapa pun sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. (betul ke ayat nih). Ini bermakna blog Lya ni sekadar untuk berkongsi kisah suka duka dan luahan-luahan tanpa diduga la...no politik...no hasutan ok....jelas dan noktah.

Sebenarnya, hari ini hari terakhir Lya memegang status "Pelatih T-Gas" lepas ni Lya dah single balik dah...sapa-sapa nak lamar Lya dengan kerja-kerja bolehlah ye..senang je tekan ON  JobToLya dan sms ke 33333...hahaha (melawak je okey, jangan marah nanti dah xcomei dah)
Perasaan Lya sekarang tak tahu nak habaqla agak sedih sebenarnya tapi Ahad ni Lya kena datang balik kat sini tapi bukab guna status " pelatih" dah tapi sekadar tukang sapu...sedeh kan3...xpelah tukang sapu pun tukang sapulah janji kerja kita halal dan bersih lagi kan...hehehe
Nanti dapatlah juga nak ushar-ushar orang Opis lame kan ngeh3...
tak apa lah..kat sini Lya dah dapat banyak pengalaman dan belajar sesuatu yang berguna maybe Lya boleh aplikasikannya suatu hari nanti In Sha Allah.....

Lya rasa setakat ni jelah coretan Lya hari ini Ok Salam Sayang semua...
Wassalam.

Baru terima panggilan dari akak bagitau ada sedara meninggal  
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
Al-Fatihah...

Monday, May 27, 2013

Mata Parah....

Salam....

Hi...Hai...Hello...Sawadikap...Apa kabar semua..Lya harap korang semua sihat sentiasa yer..
Adoiiiiii....hari ni mata Lya ni terkena virus lebih ni..rasa macam dah tak boleh nak angkat kelompak mata ni asyik nak tertutup je...Plezzzla...Buka, buka, buka mata...pandanglah mereka insan kecil yang tak berdosa...oiiittt silap...silap... ni lirik lagu dah ni...Lya...Lya.. ang merepek mengabang tebeng ape nih hah...(ayat member dulu-dulu). HARAP MAAF, nampaknya mata Lya benar-benar terkena virus MENGANTUK so, tengoklah ni asyik merepek je ni..
Sekarang ni dah berpuluh-puluh kali asyik menguat je..banyaknya syaiton mendampingi Lya ni..seram..seram... Nyahhhhh kau dari hidup ini wahai syaiton-syaiton sekalian, jangan hampiri aku suhhhhhhh suuuuhhhh sssuuuuhhhhhh...pergi jauh-jauh jangan duk gatai nak ganggu cheq na....
Allhamdulillah...selepas halau syaiton ni dengan ayat kursi nampaknya virus nih dah berkurang...mujarab...mujarab...
Alang-alang dah tertulis pasal mengantuk, so Lya nak share la tips untuk hilangkan rasa mengantuk.
Jom...Terjah....
Hampiri kawasan bercahaya  
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.

Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan. 

Wangian aromaterapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.

Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.


Okla semua Sekian...Bye..Bye.Salam.

Sunday, May 26, 2013

12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.


Kali ni Lya nak berkongsi dengan korang 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Lya Copy Paste- Pen Merah

Tuesday, May 14, 2013

Rindu Incik Belog...

Salam....

Hai semua...Lya harap korang sentiasa sihat + ceria + bahagia + senyum sokmo di samping insan-insan tersayang dalam hidup korang. Hari ni tiba-tiba je Lya TERRINDU pada incik Belog, lantas tanpa segan dan silunya Lya terus klik dan search Lieya Sweetiey kat Mr. Google ni. Sekarang Lya macam tak berapa nak berkenan dengan penggunaan LieyaSweetiey.blogspot ni..rasa macam nak tukar je perkataan nih...Lya nak guna perkataan lain la...tapi sayang rasanya nama tu akan kekal abadi dah. Kalau boleh tukar pon sia-sia je Lya serius tak pandai nak tukar...tolong...tolong...tolong...ada sape-sape yang taw tak????? Nanti Lya belanja makan Aiskrim. Hehehehe...
Sekarang dah May 2013...Makin hampir dah waktu untuk Lya bersara dari Kursus T-Gas ni. Serius...berat hati nak tinggalkan semua ini...
Ok...ok...ok...
Buat masa ni Lya tak nak fikirkan lagi tentang kesedihan-kesedihan yang akan dialami akibat daripada perpisahan dengan T-Gas ni so, kita tukar topik ye....
Bercakap pasal Bulan May ni kan, Lya rasa bulan ni lah bulan yang paling Lya suka dalam setiap tahun..Bulan ni terdapat pelbagai Hari yang selalu orang sebut dan sambut. Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Ibu dan banyak hari lagi lah..Dan yang paling penting pada bulan ini juga Lya dilahirkan ke Dunia ni. Pada Mak terima kasih kerana telah melahirkan Lya dan mejaga Lya sedari kecil hinggalah sekarang. Jasa dan pergorbanan mak tak terbalas rasanya. Masih sempat untuk Lya ucapkan Happy Mothers Day...sayang mak dunia dan akhirat. Walaupun tak dapat diucap dengan kata-kata (Lya kan pemalu) tapi percayalah Lya sangat...sangat...sangat menyayangi mak. Lya tak sanggup kehilangan mak...Sumpah.. 
= (
Alaaaaa Sedih lagi....tak nak lah macam ni kan...so tukar topik lagi....hohohoho
Tanggal 05 May 2013 (Ahad) lepas seluruh rakyat Malaysia yang dah cukup umur 21 tahun terlibat dengan PRU-13 termasuklah Lya..First time ni semangat je keluar mengundi. Tapi ada jugaklah sebahagian yang tak keluar mengundi maybe diaorang ada alasan tersendiri kan. Sepanjang 15 hari tempoh berkempen ni Lya agak sibuklah membantu penduduk kampung di Markas...Markas pihak mana tu rahsia ye..hehehe.
First time nak mengundi ni Lya rasa agak nerbes la..serius hinggakan Lya terkasi jari tangan kanan kepada pegawai SPR untuk proses mencalit dakwat. Termalu seketika hihihihi...

Oklah...Bye...Bye 
Salam.....


Monday, April 8, 2013

Berjalan Kaki...

Salam.....

Hai....hari ni Lya nak kongsi tips kesihatan lagi...tips hari ini berkenaan kebaikan berjalan kaki.
Tanpa melengahkan masa jommmm terjah....hehehehe

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
p/s: jom sama-sama kita amalkan aktiviti ini untuk menyingkirkan lemak-lemak yang melekat dalam badan kita ni...hehehe


Sunday, April 7, 2013

Tips Mencegah Bibir Kering & Pecah

Salam..

image Tips Mencegah Bibir Kering & Pecah

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan sebagai panduan berguna:
  • Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
  • Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya gincu, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.
  • Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
  • Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.
  • Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
  • Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
  • Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
  • Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
  • Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.
hasil copy paste dr:
Pen Merah on February 17, 2013

Tuesday, April 2, 2013

Perancangan....

Salam...

Apa habaq semua...Lya doakan semua baik-baik hendaknya ye..In Sha Allah...=)
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April kita ni...kejap je masa berlalu, tapi hidup Lya ni masih lagi di takuk lama tak ada perubahan. 
Ehhhhhhh jap...jap...tipulah kalau tak ada perubahan langsung kan...Ada la sikit dan Lya panjatkan syukur Allhamdulillah dengan semua perubahan tu. Lagi satu perubahan yang paling drastik berat Lya makin bertambah-tambah ni makin debab+++++ dah adoiiiii camne nak kurangkan sikit pertambahan tu yer...Nak kata makan banyak xdelah sangat kan (cehhhhh....tak nak mengaku tu) =P. Betul tau Lya makan sikit je..tapi oleh kerana keturunan Lya ni jenis yang sihat-sihat jadi Lya pun mewarisilah kesihatan tu. Tapi Lya rasa mungkin tekanan juga menjadi faktor semua tu...Tipulah kalau Lya kata hidup Lya tak ada tekanan kan. Lya ingat masa belajar dulu Lya dah banyak dihimpit dengan tekanan tapi rupa-rupanya selepas belajar ni lagi banyak tekanan yang datang menguji keimanan dan kekuatan Lya. Kalau dulu tekanan setakat nak siapkan assignment...nak exam je tapi sekarang macam-macam nak kena fikir dan buat. Kalau mampu dan ada pendapatan tetap tak pe ni keje pun tak ada lagi camane kan..Hutang pinjaman belajar pun tak terusik lagi...urmmmmmm seram-seram..Sesekali tengok kawan-kawan yang dah berjaya terasa juga diri ni..bila la Lya nak jadi macam diaorang kan...seronok tengok hidup mereka cita-cita mereka dah tercapai..sedangkan Lya masih merangkak dalam kesamaran mencari hala tuju yang diri sendiri pun tak pasti ke mana harus ditujui. Uiksssss.....ayat sedihla pulak kan...tak mau sedih-sedih tak mau....tak mau tau...
Lya HARUS KUAT tau...Life Must Go On ok....orang lain boleh buat Lya pun mesti boleh juga tau tapi semua tu akan berlaku jika ada usaha dan diizinkan-Nya...apa-apa pun yang kita lakukan tanpa keizinan daripada-Nya kita pasti tak akan memiliki apa yang kita impikan....Betul tak???.. 
Sekarang Lya tertarik dengan bidang perniagaan online/langsung tapi Lya tak tahu bagaimana nak memulakannya...In Sha Allah satu hari nanti Lya nak juga berniaga...tapi tak tau lagi nak niaga apa. semua tu perlu diperhatikan dan di fikir dahulu bagaimana strategi dan apa yang ingin diniagakan...kan dulu ada belajar ekonomi kan so, sekarang Lya kenalah buat pemerhatian apa yang pelanggan inginkan dan perlukan zaman sekarang ni...Cewaaahhhh berangan-angan pula Lya ni ye...hehehe...
Lya rancang je ni jadi ke tak tu kemudian kiralah sebab sebagai seorang hamba Lya hanya mampu merancang....dan Allah S.W.T yang akan menentukan segala-galanya.
Pada kawan-kawan yang dah mencapai cita-cita tu Lya harap kalian semua bersyukur dengan segala pemberian yang dikurniakan-Nya dan semoga kalian berbahgia selalu tau....Dannnnnn satu lagi Jangan lupa bahawa segala-gala yang dikurniakan pada kita ni hanyalah pinjaman jadi janganlah sia-siakan dan riak dengan apa yang kita miliki sekarang....tak baik riak-riak tau Dosa, Allah S.W.T tak suka....
  Mohon Allah tetapkan hati kita. Sebab sememangnya syaitan itu ada dalam diri kita dan sentiasa membisikkan rasa-rasa jahat untuk hadir, maka dengan hanya berzikir dan beristighfar, In Sha Allah boleh menetapkan hati kita dan menjaga iman kita daripada rosak dan akhirnya merugikan diri kita sendiri. 

p/s:
Amalkan zikir nabi Yunus a.s :
"laillaha illa anta, subahanaka inni kuntu minaz-zolomin"
maksudnya :“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Sunday, March 17, 2013

Tips Kesihatan

 
Titik Refleksi (titik pusat urat saraf) di tapak kaki 


Tapak kaki dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan. 
Tetapi kalau kita terus menerus `menindas' kaki, misalnya dengan menyarung kasut yang tidak sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya, lama-kelamaan kaki akan mengalami tekanan berlebihan.

Kesannya bukan sahaja pada kaki tetapi boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang. Sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut adalah berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas.



Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.

Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.

Refleksologi juga merupakan rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan ia berupaya mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi ialah urutan pada titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini adalah ia selamat namun rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.

Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan. Rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Secara ringkas, kelebihan rawatan refleksologi kaki berupaya :-
  1. Melancarkan pengaliran darah 
  2. Meningkatkan daya tahan individu 
  3. Mengurangkan risiko tulang reput 
  4. Melancarkan pergerakan 
  5. Menguatkan otot kaki 
  6. Menguatkan tulang dan pinggul 
  7. Mengurangkan risiko sakit sendi 
  8. Mengurangkan kencing tidak lawas 
  9. Mengurangkan rasa letih 
  10. Mengelak risiko sembelit 
  11. Mengurangkan masalah usus 
  12. Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan(sumber:Cyber Health)                         .

Sunday, March 3, 2013

aKanKu tEmPuhi...

Salam Sayang dari Lya....
Hari ini semangat je datang office jam 7.42 a.m dah terpacak kat office walaupun hari ahad. Biasanya setiap ahad Lya ni ada masalah sikit nak ke office sebab mood holiday xhabis lagi. Disebabkan esok negeri Terengganu cuti jadi,  hari ini xdalah nak diserang sunday sickness tu sangat. Dan-dan je jadi rajin....apa nak jadilah kan sabar jela...Jam 9.00a.m pihak atasan kat office ni menghadiri mesyuarat jadi xdala sibuk sangat. Telefon pun kurang nak berdering sebab hari ahad kan cuti kat negeri-negeri luar tu so xdalah panggilan2 dari JTM ke KSM ke kan...

Bila xda keje camni pulak, Lya rasa kebosanang tu pun menyibuk2kan dirilah nak bertepek kat diri ni. Nak buka facebook dah muak rasanya benda sama je nak ditatap xlalu ehhh cemuiiihhh...... bak kata orang kedah nak dengar lagu lak xda mood la so tangan ni tergatai tertekan Youtube..Tengok movie sat...Duk pikiq2 nak tonton movie apa teringatla adik Cheq bagitau movie WaWa SempuT beshhh...Lya layanla..bestlah jugak movie ni internet lak laju je xde sangkut2 dah bagai bawa kereta  'Bugati Veyron Supersport' laju jer...Habis WaWa SeMpuT ni Lya layan lak Movie KeRaT 14...ok jugaklah cerita ni tapi xsukala Aaron Aziz jadi pembunuh xsesuai...hehehehe. Lama jugak pegawai2 ILP ni meeting jam 1.00p.m baru bersurai...Dengar2 ada pindaan kedudukan dalam jabatan2 tapi xtawlah Lya masih xdengar betul2. Tapi tadi ada sorang Staff ni cakap bermula hari Selasa ni akan diadakan Mesyuarat Pagi setiap hari dah Lya ditugaskan menjadi Setiausaha Mesyuarat tuk catat Minit Mesyuarat...Sentappp..... terkedu Lya seketika...ambik Hang....catitlah Minit Mesyuarat tu setiap hari ye..dah xda keje sangat sekarang dah diberi tugas kenalah seronok kan...(padan muka kan3) Bersyukurlah......so Selamat Mencatit Minit Mesyuarat diucapkan pada Lya....Kuang3........