lieya

lieya

Tuesday, December 18, 2012

Lya dan handphone...

Apa itu handphone????..rasanya zaman ni semua orang tak kira muda, tua, kecil atau besar dah taw apa itu handphone (h.p)...ok di sini Lya akan menerangkan serba sedikit tentang apa itu h.p.. H.p adalah sejenis alat komunikasi, baik jarak dekat maupun jarak jauh. Ia merupakan alat komunikasi lisan atau tulisan yang dapat menyampaikan pesanan dan sangat praktis untuk digunakan sebagai alat komunikasi kerana boleh dibawa kemana saja. Kini pelbagai jenis h.p yang dikeluarkan antaranya jenama Nokia, Sony Ericssons, Motorola, Apple, Samsung dan banyak lagilah (nak taw lagi banyak sila search kat google ye hehehe). Zaman dulu kita tengok orang yang berada dan mampu aka kaya je memiliki h.p ni tapi zaman ni semua dah ada xhairanla kalau budak tadika pun dah guna h.p, canggih manggih lak tu...

Sebenarnya hari ni Lya nak share tentang h.p yang pernah Lya miliki..
ok jommm..terjah...hehehe

1. Nokia 3310


Lya guna h.p ni masa form 4 tahun 2004 sehinggala tahun 2007. H.p ni Lya rembat abg Lya punya bila dia dah beli h.p baru. Terlalu banyak kenangan Lya dengan h.p ni..masa guna h.p nilah Lya kenal seseorang..tapi sayang semua tu hanyalah sebuah kenangan yang dah berlalu dan dari kenangan dan pengalaman tu lah Lya lebih mengenal apa itu erti kehidupan yang sebenarnya. Kenangan yang xdapat dilupakan ttg h.p ni bila adik Lya baling h.p ni kat muka perghhhhh sakit sangat kena lak kat tulang pipi sampaikan lebam mata Lya...(xsedar tertampar adik sbb sakit sangat masa tu..cian adik) seminggu jugakla nak hilang lebam tu..huhuhuhu . Walaupun berkecai tapi h.p ni lasak la bila pasang semua and on balik..hidup je h.p ni...Lya sayang sangat h.p ni tapi terpaksa tinggalkannya bila atena signal dia dah xberapa nak sehat...kejap ada signal and kejap xde..sakit hatila cam tu and then Lya cari pengganti lain hehehe.... 

2. Nokia 3200


h.p ni pun Lya rembat abg Lya punya..biasala nak beli xda duet lagi masa tu. H.p ni Lya guna sekitar tahun 2007-2009 kot. Masa belajar kat unibesiti pun Lya masih duk guna h.p ni. Tapi bila dah lama guna beterinya  pun dah kurang power so Lya ganti beteri baru. Lepas dapat beteri baru Skrin lak yang rosak..masa ni baru terpikir nak guna dua h.p. dan dua number senang sikit kalau ada kes ugent camni. Lya xleh bayangla kalau hidup tanpa h.p ni rasa kosong dan sunyi je kan terputus hubungan terus dengan orang sekeliling...ohhh...noooo..... Banyak kenangan Lya ngan H.p ni tapi biarlah ia abadi dalam ingatan Lya je ye (secret2) hehehe...

3. Nokia 6020


Ni lak h.p ketiga Lya...ni pon Lya guna h.p orang punya..sape punya xpenting yang penting Lya xcurik  h.p tu tapi tuannya bagi hehehe...H.p ni pon syok digunakan lancar je nak mesej kengkawan..ada kamera bolehla jugak snap-snap gambar walaupun size kamera tu kecil tapi okla.. yang xbestnya h.p ni xde bluetooth la plak cuma ada infrared je....redho jelah...sob3. H.p ni pun boleh tahan lasakla..dah banyak kali jatuh tapi ok je sihat walafiat. Lya suka h.p ni comey and cute miut nak2 ditukar cover warna pink cun seyhhhh…Oleh kerana terlalu cun h.p ni anak menakan Lya si Ainul & Qaleesya pon suka sangat kat h.p ni…si Ainul suka letak kat mulut ala2 nak mamm h.p ni (hbes ayaq liur dia kena kat h.p) dan si Qaleesya lak suka picit2, baling2 h.p ni. Mungkin tak larat lagi menanggung sengsara di buli budak 2 orang nih h.p ni pon mulalah mogok..speaker dia rosak xboleh dengar suara-suara merdu pemanggil Lya lagi dah..kalau nak terima panggilan kena loudspeaker..agak2la kan xkan kat tempat awam cam shopping complex pun Lya nak buat cam 2 nanti femes lak orang duk pakat tengok je hehehe…(nak cakap dengan org tersayang pon xkan nak loudspeaker kan3).

4. Nokia E72


H.p ni barulah Lya beli sendiri (guna duet pinjaman syiiittt jgn gtaw org k.)...Tapi Lya cukup menci dgn h.p ni sbb ini bukan origanal punyee...h.p ni made in china barang tiruan xasli..(h.p dlm pic kat atas tu ori punyee taw) al-maklumlah masa tu Lya ni tak tau sangat tentang h.p ni.. 3 hari selepas beli h.p ni kat Pc Fair di Bandaraya K.T Lya ada terbaca kat paper berita tentang rampasan barangan tiruan kat Pc Fair tu…tulah kan gov bagi pinjaman nak suruh study tapi duk kalut nak buat benda lain kan dah tak berkat… padam muke....sekarang h.p ni dah jadi arwah dah..barang tiruan mane nak tahan kan...Lya nak guna pon takot...takot meletup hehe...    

5. Nokia C5

  

H.p ni Lya dapat masa Lya duk kat umah abg kat Perak..(ni pun made in China). Abg Lya dapat h.p ni dari seorang mat indon katanya mat indon tu nak pakai duit so dia jual murahla kat abg Lya. Abg Lya ni hatinya lembut tak boleh tengok orang buat muka kesian depan dia mesti dia tolong (sebab tu la Lya suka paw abg Lya ni hehe). Bila dia balik umah dia bagi kat Lya sebab h.p dia dah banyak canggih manggih lagi. H.p ni pun Lya jarang guna sebab nak taip mesej susah kot nak touch2 screen.. lagi pun keypad nak taip mesej dia tu kecik sangat meluat ehhh…akhirnya Lya kurung je h.p ni kat dalam laci rumah tu.. cian dia duk sorang-sorang dlm laci tu..nak kena cari teman ni..hahaha

6. Nokia  2600



Kerana dah trauma ditipu..Lya takut dan sayang duet untuk beli h.p lagi..jadi h.p ni abg Lya yang bagi lagi (untungkan ada abg2 yg baik hati & pemurah ni..silalah jelez ye). Best gak guna h.p ni..ada kamera dan boleh bluetooth tapi sekarang Lya bagi akak Lya lak yang guna cian dia h.p dia rosak..kepada abg yg bagi tu TQ so much taw sayang abang...muaaahhhh.  

7. Galaxy Y


Now, h.p ni jela yang masih kekal berada dcc Lya. H.p ni Lya beli menggunakan duit gaji Lya..walaupun  tak secanggih galaxy2 lain tapi Lya suka sangat dengan h.p ni. Colour pink sangat cun (pinky girl ni..sorry kalau ada yg tak berkenan dgn this colour). Apa yang Lya berkenan sangat dengan h.p ni sebab boleh connect internet so senangla Lya nak online & update muka buku, twitter, instagram or what ever…hehehe.  

Oklah…tu je lah yang mampu lya kongsikan…penat kot mengarang panjang2 cam assignment dah ni..k bye……


p/s: Tergerak hati nak buat entry ni bila terbaca belog rumet tersayang...(sorry rumet tertiru your idea) sayang rumet hehehe

Sunday, December 16, 2012

6 perkara yg Allah S.W.T sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us..

creadit to: The Beauty Of Islam.blogspot


Thursday, December 13, 2012

jom kawen =)

Salam semua....
Dalam sedar atau tidak hari ini dah pun 13/12/2012 dah hampir pertengahan bulan Disember dah (haiiissshhh    semalam 12/12/12 cantik kan tarikh tu kenapala Lya tak update belog semalam je kan hehehe) maknanya sekarang ni kita telah berada di penghujung tahun 2012. Seperti biasalah musim cuti sekolah ni berlambak-lambak kad undangan kahwin sampai kat rumah kita kan. Lya pun tak terlepas dari menerima kad undangan perkahwinan ni. In Sha Allah Lya akan menghadirinya ye kawan-kawan..sila tunggu kedatangan Lya bersama hadiah yang kecik-kecik je (hahahaha jaat tak??) minta maaf la Lya melawak je tu..hadiah tetap ada..wajib tu untuk meraikan para pengantin. Kawan-kawan dah ramai yang kahwin, Lya pula.........arghhhhhhhhhhh biarlah  rahsia...teeeeettttttttt...
Today, Lya nak kongsi satu info yang agak berguna pada kita yang bujang terantangtang ni...info ni pun sangat sesuai dibaca oleh mereka yang masih ragu-ragu  untuk ke alam perkahwinan. Pada yang masih ragu-ragu fikir nak kahwin tapi masih tak ada duit, tak ada kerja tetap & tak tak tak cukup  apa sekalipun sila baca info ini. Moga-moga info ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita semua tentang janji Allah kepada mereka yang ingin berkahwin. Kat sini terdapat 10 janji Allah S.W.T kepada orang yang ingin berkahwin.

~~~~~kawan-kawan~~~~~

~~Jom Baca~~

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

                                                       ~~~~~~~~~~~~~

                                                        ~~JELAS TAK??~~

ok..macam mana dah faham semua, so pada yang dah tak ragu-ragu lagi tu bolehlah teruskan niat suci anda tu ye...orang cakap benda baik ni perlu dibuat cepat-cepat taw..ehemmmm jangan lupa jemput Lya sekali ye...heeeeeee okla salam semua..

  sumber: dicopy&paste dari belog kurakura.my