lieya

lieya

Sunday, March 17, 2013

Tips Kesihatan

 
Titik Refleksi (titik pusat urat saraf) di tapak kaki 


Tapak kaki dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan. 
Tetapi kalau kita terus menerus `menindas' kaki, misalnya dengan menyarung kasut yang tidak sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya, lama-kelamaan kaki akan mengalami tekanan berlebihan.

Kesannya bukan sahaja pada kaki tetapi boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang. Sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut adalah berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas.



Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.

Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.

Refleksologi juga merupakan rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan ia berupaya mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi ialah urutan pada titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini adalah ia selamat namun rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.

Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan. Rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Secara ringkas, kelebihan rawatan refleksologi kaki berupaya :-
  1. Melancarkan pengaliran darah 
  2. Meningkatkan daya tahan individu 
  3. Mengurangkan risiko tulang reput 
  4. Melancarkan pergerakan 
  5. Menguatkan otot kaki 
  6. Menguatkan tulang dan pinggul 
  7. Mengurangkan risiko sakit sendi 
  8. Mengurangkan kencing tidak lawas 
  9. Mengurangkan rasa letih 
  10. Mengelak risiko sembelit 
  11. Mengurangkan masalah usus 
  12. Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan(sumber:Cyber Health)                         .

Sunday, March 3, 2013

aKanKu tEmPuhi...

Salam Sayang dari Lya....
Hari ini semangat je datang office jam 7.42 a.m dah terpacak kat office walaupun hari ahad. Biasanya setiap ahad Lya ni ada masalah sikit nak ke office sebab mood holiday xhabis lagi. Disebabkan esok negeri Terengganu cuti jadi,  hari ini xdalah nak diserang sunday sickness tu sangat. Dan-dan je jadi rajin....apa nak jadilah kan sabar jela...Jam 9.00a.m pihak atasan kat office ni menghadiri mesyuarat jadi xdala sibuk sangat. Telefon pun kurang nak berdering sebab hari ahad kan cuti kat negeri-negeri luar tu so xdalah panggilan2 dari JTM ke KSM ke kan...

Bila xda keje camni pulak, Lya rasa kebosanang tu pun menyibuk2kan dirilah nak bertepek kat diri ni. Nak buka facebook dah muak rasanya benda sama je nak ditatap xlalu ehhh cemuiiihhh...... bak kata orang kedah nak dengar lagu lak xda mood la so tangan ni tergatai tertekan Youtube..Tengok movie sat...Duk pikiq2 nak tonton movie apa teringatla adik Cheq bagitau movie WaWa SempuT beshhh...Lya layanla..bestlah jugak movie ni internet lak laju je xde sangkut2 dah bagai bawa kereta  'Bugati Veyron Supersport' laju jer...Habis WaWa SeMpuT ni Lya layan lak Movie KeRaT 14...ok jugaklah cerita ni tapi xsukala Aaron Aziz jadi pembunuh xsesuai...hehehehe. Lama jugak pegawai2 ILP ni meeting jam 1.00p.m baru bersurai...Dengar2 ada pindaan kedudukan dalam jabatan2 tapi xtawlah Lya masih xdengar betul2. Tapi tadi ada sorang Staff ni cakap bermula hari Selasa ni akan diadakan Mesyuarat Pagi setiap hari dah Lya ditugaskan menjadi Setiausaha Mesyuarat tuk catat Minit Mesyuarat...Sentappp..... terkedu Lya seketika...ambik Hang....catitlah Minit Mesyuarat tu setiap hari ye..dah xda keje sangat sekarang dah diberi tugas kenalah seronok kan...(padan muka kan3) Bersyukurlah......so Selamat Mencatit Minit Mesyuarat diucapkan pada Lya....Kuang3........