lieya

lieya

Tuesday, October 22, 2013

Dicuci dengan Vanish….

Salam….hari ni Lya nak kongsi sedikit pengalaman dengan korang semua. Tengok pada ayat entry Lya hari ni macam nak kongsi tips2 mencuci baju je kan…siap guna Vanish bagai…Sebenarnya Lya nak kongsi benda lain yang lebih baik untuk korang pelajari nak tahu x????
jeng….jeng…jeng….
hahaha…
x sabar nampaknya yer….sabar…sabar…ok….
Sebenarnya semalam 21/10/2013 (Isnin) Lya telah dipanggil interview oleh pihak SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir  (Kewangan)  W17.  Lya agak tak bersedia untuk menghadiri interview ni sebab last minit baru dapat tahu…tahu tu pun bila Lya terbuka email Lya. Lagi pun minggu ni Lya agak sibuk menguruskan sesuatu. Transport  pun  xde…abang Lya keja, kereta abang ipar lak rosak..lagi malasla Lya nak menghadiri interview ni. Tapi bila difikirkan balik rasa rugi kalau tak pergi kan…Allah S.W.T tu dah bagi Lya peluang ni, so Lya perlulah mencuba nasib kan….
Asalnya Lya rancang nak pergi dengan adik Lya tapi x jadi lak. Memang dah putus asa rasanya Lya tak kan pergilah kan. Tak senang duduk jugak sebenarnya masa tu maklumlah ada orang bagitahu kalau kita tak pergi interview ni pihak SPA akan blacklist nama kita..Tolonglah…Lya nak jugak keja Gomen…Puas fikir tetiba teringat seseorang…tanpa segan dan silunya Lya mesej dia & dia sudi bawakan Lya.
Malam semalam Lya adalah study sikit, baca tentang pengetahuan am..nama-nama menteri, bidang tugas dan isu-isu semasa. Bila otak dah rasa xboleh terima apa yang Lya baca so apa lagi 
zzzzzZZZZZZZZZZZ.........................
 tido ler kejenya. Pagi menjelma…saat ayam baru mengepakkan sayapnya Lya bangun, mandi & menjalankan kewajipan sebagai seorang hambaNya…Macam biasa Lya ke office & isi borang keluar . Lya xambik cuti sebab interview ni rasanya kejap je, rugi lak kan kalau ambik cuti. hehehe jahatkan…..
Lya punya interview kul 10.00 a.m  tapi jam 9.30 a.m Lya dah sampai. Masa tu Lya tengok xde orang mane pun..Lya orang ke-3 yang sampai dan akan diinterview..belum siap pegawai kat kaunter pendaftaran check Lya punya fail, panel penemuduga dah tekan loceng minta calon masuk ke bilik interview…Ya Allah takutnya rasa berdebar-debar hanya Tuhan yang tahu…nasib baiklah pegawai kat kaunter tu bagitahu belum siap check fail Lya…so ada masa lagi untuk Lya mengawal ketakutan & kegementaran Lya ni…. (betul ke ayat tu) hehehe.
Tiba masanya……..

Dengan sopannya Lya mengetuk pintu bilik temuduga tu…macam biasa bagi salam, fail dan duduk bila panel dah bagi green light. Gementar masih ada…mula2 sesi memperkenalkan diri…suara Lya agak tersekat-sekat…Panel tu banyak Tanya pasal latar belakang Lya kenapa xnak sambung master…cukup ke gaji gred 17 untuk Lya & banyak lagila…Apa yang Lya respect kat dua orang panel ni, dieorang banyak bagi nasihat & tips temuduga untuk Lya. Walau Lya tahu Lya xlepas interview ni tapi Lya rasa berbaloi  ke interview ni. Lya dapat pengalaman & kritikan yang membina dari dieorang. Dieorang ckap Lya kena pandai market diri Lya, kena  baiki komunikasi Lya..Lya sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan dieorang yang xlokek berkongsi ilmu dengan Lya…In Sha Allah Lya akan cuba buat yang terbaik satu masa nanti. To panel En. Zabidi & cik/pn. Ifa terima kasih sangat….Lya suka cara korang…Lya janji Lya xkan berputus asa & Lya akan cuba buat yang terbaik lepas ni….