Hari ini aku tetap melangkah...
namun langkahku tidaklah seperti selalu..
kali ini langkahku berat..
seakan tiada keikhlasan di hati ini..
namun ku cuba melangkah jua...
aku bosan dengan semua ini..
bosan untuk berdepan dengan rutin yang sama..
bosan tuk mengadap wajah-wajah yang sama..
seriously aku sangat bosan..
bosan dengan semua ini...
tapi kenapa aku jadi begini..
aku tidak seharusnya begini...
aku harus ikhlas..
aku harus sabar..
aku harus menghadapi semua ini dengan redha..
Allah S.W.T pasti tidak suka aku begini..
aku tidak boleh mengeluh begini..
semua yang terjadi pasti dengan izinNya..
aku tidak boleh merungut dengan semua ini..
Ya Allah...
ampunkan aku kerana merungut dengan ujianMu..
ampunkan aku kerana tidak kuat menghadapi dugaanMu..
aku mohon Ya Allah jangan kau pesongkan hatiku..
jadikanlah aku insan ikhlas..
insan yang sabar..
menjadi insan yang kuat untuk menghadapi semua ujian dan dugaan dari Mu
Ya Allah...
sesungguhnya aku tahu di sebalik semua ujian ini..
pasti akan ada himahnya ...
kuat & kuatkanlah hati ini Ya Allah...
aku yakin hanya DiriMu yang mampu membantuku Ya Allah..
amin......