lieya

lieya

Saturday, March 24, 2012

Kapas Island

Semalam Lya dan 2 orang kawan (Cik Husniza & Cik Akmarina) dah pegi bercuti kat Pulau Kapas. Sebenarnya da lame plan nk pergi sana tapi asyik tangguh je sebab semua buzy dengan keje dan xtviti masing-masing. Agak ketinggalan la nama je duk Terengganu tp pulau Kapas xpernah jejak lagi...Dulu ade gak member2 unbersiti tanya Pulau Kapas 2 camane tp Lya terkebil2 je xley nak gtaw camane2 coz xpernah pergi..so minggu lepas Lya dan Cik husniza ni pergilah servey2 tempat & harga tuk ke Kapas Island ni... servey punya servey dapatlah 1 kaunter tiket yang harga pengangkutan & resort yang agak murahla...ape name tah rase2nya MGH bla...bla.... bla....lupela...hehehe tp yg MGH 2 mmg betolla..harga tiket feri n resort tu boleh nego dan agak berpatutan...

Kami bertolak dari jeti Marang pada jam 9.30 a.m dan dalam 9.50 tu sampai kat island tu....perghhhhhh memang cantik gulerla pantai & suasana kat island ni sejuk je mata memandang..damai rase melihat sekeliling dengan air pantai yang kebiru2an...pasir pantai yg putih melepak tuh waaaaaa mmg syok la...

kali ni kami pergi 1 hari jela xtidoq sane coz niat ati nk p tengok2 tempat dulu...lepas dah tau gambaran camne tempat tuh 6t bolehla buat trip ke sana ramai2 ajak member2 semua...tp memang beshla kapas island ni..bolehla hlangkan tekanan & tenangkan jiwa bila melihat alam ciptaan Allah s.w.t ni. sangat2 damai...

xboleh nk story pjg2la buzy ni so kita layan pic kat Kapas Island tu erk.....

jommmmmmm laYan.......

( ^ ______* )


Ni time atas feri..



At Kapas Island















 Island Insects

 Chanteeeqqq...

 Bagaikan diriku Tapak Sulaiman

 Coral yang dah mati.

Yummy..yummy...

Blackberry braed tuk ikan 

Itu sajela yg sempat diupload uat masa ni k, 6t law ade member2 yang teringin p kat Pulau ni bgtau la Lya ye hehehehe

ok...Wassalam.....

Sunday, March 4, 2012

JANGAN BERSEDIH...

Jangan bersedih... 
kerana Qadha telah ditetapkan
takdir pasti akan terjadi
tulisan-tulisan telah kering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah dilipat
dan semua perkara telah habis ditetapkan...
Walau betapa sedihnya dirimu
ia tak akan merubah sesebuah kenyataan yang akan terjadi
ia tidak akan berkurang dan juga tak akan bertambah

Jangan bersedih... 
kerana kesedihan itu akan mendorongmu 
untuk menghentikan putaran roda-roda kehidupan..
mengikat matahari agar terus terbenam
memutar jarum jam kembali ke masa silam
berjalan ke belakang dan membawa air sungai kembali ke sumbernya semula..

Jangan bersedih... 
kerana rasa sedih itu umpama angin puyuh yang hanya akan menganggu arah angin
menyebabkan banjir di mana-mana
mengubah cuaca dilangit dan bisa
menghancurkan bunga-bunga nan indah di taman...

Jangan bersedih...
kerana orang yang bersedih itu umpama
seorang wanita yang mengurai pintalan tenum setelah kuatnya pintalannya...
umpama seorang yang meniup belon yang berlubang
dan ibarat seseorang yang yang menulis di atas air dengan tangannya....   

Jangan bersedih...
kerana kehidupan kita yang sebenarnya adalah 
dengan mendapat kebahagiaan dan ketenangan hati
oleh itu, jangan habiskan usia kita dengan kesedihan ..
jangan bazirkan malam-malam kita dengan meratapi kekecewaan
jangan bazirkan minit-minit kita dengan kegundahan hati
dan janganlah berterusan mempersia-siakan hidup kerana
Allah s.w.t tidak suka kepada orang yang keterlaluan berduka.....

Renung-renungkan......