lieya

lieya

Friday, March 18, 2011

andai lelaki tahu...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
hasil copy paste----->dr belog2 owg laen hihihihi

Monday, March 14, 2011

amek semangat cket.....

 InsyaAllah versi melayu

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

14 march 2011

hari ni aq sgt2 tertekan...
xde mood lgsung nk wak sesuatu
jiwa kosong n rase meluat tgk muka sesetengah owg
aq geram geram geram sesangat....
series aq xtaw pe punca aq jd camni
mybe sbb tlalu bnyak xciment nk kna submit mggu ni
atau mgkn krana?????
aq xtaw lah knpe aq ase nk tidooo je
td aq ponteng kelas dek krana jiwa kosong aq ni


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh








aq sgt2 stress skrg sok ade kuiz lagi
Ya Allah berilah aq kekuatan tuk mghadapi semua dugaanmu ini
ssguhnya aq sgt lemah saat ini....

Sunday, March 13, 2011

~~maaFkaN aKu~~

hari ni ntah tiba2 je aq terfikir benda ni
knapela mulut aq ni kasaq sgt..
kadang2 kata2 aq bisa menguriskan hati & perasaan owg laen 
tp aq xsedar pon semua tu...
bg aq kata2 2 biasa pda dri aq tp sebaliknya pda owg laen..
pada yg pernah terasa dgn kta2 aq 2 aq mtak maaf sesangat
aq hanyalah insan biasa yg xlepas dr buat kesilapan
mmg aq sedar selama ni ramai je yg tegur aq ni kasar
dalam bak2 jawab pnggilan lg la
dieorg ckap aq ni bekeng (garang) la kasar la..
kadang2 bkn mksud aq nk garang pon tp dah jenis aq mcm 2
aq nk wak camne kn...
mgkin semua ni kesan dr perbualan aq dgn family aq jugak kot..
kami membesar dalam broken family
masa kecik2 aq n abg2 aq terpisah & bila dah besar baru tinggal sebumbung balik
masa 2 cakap pun men ckap je xde bhasa formal2
series  dlam family kami biasala gna ayat2 yg kasar2  (bkn bgaduh tp bhsa mesra kot)
tp kami dah biasa laenla kan
aq xpatot gna bhasa kat umah aq bla berbual dgn member2 aq kn
walaupun dah cuba tp ade gak terlepas kuar nk wak camne kn...
pas 2 bila member2 aq terasa dgn kta2 aq bkn dieorg nk bgtaw kt aq
kn...kesian la owg yg kwan ngan aq dpt kwn yg kasar cam aq nih..
kadang2 bla aq diam org takot lak tgk aq
Bila aq cakap lak org terasa dgn aq..
ni bmakna aq kna ubah cara pcakapan aq kot..
kna gna ayat2 yg sedap didengor...
aq cubalah erk..
kadang2 aq cuba jd pendiam hgga org ckap aq ni sombong
tp sebenarnya aq bkn sombong
tp aq tkot tuk tgur dieorg
tkut 6t dieorg terasa  lak dgn kata2 aq tu
aq mintak maaf sesangat pda org yg pernah terasa dgn kata2 n sikap aq k
aq hanyalah insan biasa yg xlepas dr wak ksilapan
& aku jua insan yg penuh dgn kekurangan...

to all my frenz im sorry .....


im
~~sorry frenz~~
_______________________


Saturday, March 12, 2011

kisah Nobita & Sizuka

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

 Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

 Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

 ~~~cerpen by Ibnu Fuad~~~

Best gak cerpen ni banyak mesej nak disampaikan
so, pada diri sendiri & semua renung2kanlah yerrr...


Tuesday, March 8, 2011

SuRaTaN taKdiR..

fEniNgla ase malam ni tp mata ni xmau tito lagi..Dlm beberapa hari ni aq asyik tito lewat je mane jd xfening kepala otak nih kn. Aq bkn xmau tito tp mata aq ni dgil sesangat tambah2 lagi di X n di + aduk dgn xciment yg melambak2 tuh nk kna buat, perghhhhhh!!!! nampak bz bebenor aq nih ye.Wal hal asyik duk berfesbuk je 24jam hipokrit tol hehehe......


fENiNgggggg!!!!!!!!!!!!!



**@@###****@@@###


Sebenarnya malam ni saje je aq update belog nih xmau bg basi n berkulat ngehh3...ape2 pon suke ati aq la kan nk update ke x ni kn aq punye belog bkn korunk punye kan3....(belagak jer hehe sowi)

@____________@





sebenarnya hari ni aq dapat biter dr member aq ttg mamat aq suke usha zman sekolah2 dulu, dia ckap mamat 2 dah nk kawin 14.3.2011 nih


sob....sob...sob.....


sedey!!!!!(melepas sudah)


urm xsangka aq dia ni btol2 syg giler babun kat aweks die 2, walaupun pernah awek die tinggal die demi laki laen....tp xpela mgkin die ada sebab2 tertentu kot utk terus sayang aweks die tu..
ape2 pon aq harap die akan bahagia hingga ke akhir hayat dengan bakal isteri die 2...
aq ingat lagi kate2 die satu ketika dulu "kalau dah jodoh xkan kemana"... 
mmg betul kata2 die 2, buktinya aq dapat tgok skarang nih antara die n awek die tuh..walaupun die pernah bercouple dgn awek laen dlu tp hubungan mereka xlame kot..
soal hati & perasaan ni bukan leh dipaksa2 kan???
aq terfikir gak bahawasanya semua kata2 yg keluar dari mulutnya 2 betol,
kita xboleh paksa seseowg tu tuk sayang kita & terima cinta dr kita (apa e2 cinta erk)..

*

*

*

*

walau ape pon berlaku aq terima semua takdir Tuhan
aq tahu bahawa 
Allah tak berikan apa yg kita mahu 
tp
Allah berikan apa yg kita perlukan


kepada insan yg bernama suhaimi sulong semoga kamoo bahagia hingga ke akhir hayatmu bersama isteri

 saya bahagia melihat anda bahagia.......

okla dah mantuk nk tito dululah sok kelas kul 8pg nanti takot telanjur tito lak

 hehehehehe 

MONINK semua....
MUUUUAAACCCKKKSSSS!!!!!

Friday, March 4, 2011

xciment oh xciment!!!!!!!!!!



ADEHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!

makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tulun2....
manyaknye xciment cheq sem ni 
bertinbum2 manyaknye ni 
mane satu nk capai ni?????

KERJAYA??

BURUH???


PEMBANGUNAN ORGANISASI??

FALSAFAH PEMBANGUNAN??


oRRRRRRR


ANALISIS PELABURAN AWAM??????
*

*

*
FFuuuuuuuuuhhhhhhhh
mak aiiiiiiiiii
otak xleh terima dah kot manyak2 sangat ni..
klaw la otak ni leh bercakap dah tentu die cakap

sorry2!!!


"MEMORY FULL"

compem2 kena delete sket
hehehehe

mana nk pilih xtaw...daa xckup kaki, tangan dah ni nk wak



serba salah cheq dibuatnya.........
tp xpela malam nih cheq nk tdow dlu bg otak cheq ni 
segaq sikit 
esk cheq buatla kowt slow2...


InsyaAllah....

T________T


P/S: DAYAH CHE PEE, JIJAH & SEM

JOM WAK XCIMENT WEY 
jgn duk tidoq jer.. --<3--<3--<3

Thursday, March 3, 2011

~~~aKu sAkIt~~~

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin....


LaYaNNNNN!!!!!!!

!!!!soSEH-sOSeH!!!!

urmmm....malam ni tergatai la plak tgan n jari jemari aq ni tuk meng update  belog aq nih...
selama ni aq duk asyik merembat, mengcedop hasil nukilan owg je tuk dipaparkan lam belog nih kire aq plagiat gak r nih.....ape2 pon

"ader aq kesah"


hahahahahahahaha







 jangan marah ye......
xsalah law copy sket2 kot kan, tu pon utk dikongsi bersama
bak kate owg 'sharing is caring'...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~
~~~~~~~
~~~
~~
~
*





cukupla ckap fasal plagiat2 nih ehh....
buat masa ni bkn aq nk ckap pasai benda alah ni pon 
tp ari  nih aq da benda barang baek punye tuk dikongsi2 fax choi kn ngan belog n peminat2 aq yg bce belog nih errrrrrrr (perasaan ramai owg tgk laa tuhh)

ngerrrrrrrrrrrr  teperasan la sudaaaa 
hehehehehehehe

sowi2 yeerr (bukan sawi yee tp mintak maaplah kpda yg menyampah tu)
*
*
*
*
*
*
*

udah2la melawak ye.....
ok,ok
1

2

3


4

ni aq btol2 dah nk jd siyes ni.........
siyes, siyeslaaaa aq tgah siyes ni xtipooo pon



*****
*************************************************
******

cam ne erk nk ckap urmmmm susah betoila aq nk terjemahkan benda nih
 law terjemah kat google translete pon rasanya xtertranslete gak kowt....
alllllll kisaahhhhh 
 beginila ceritanya
sebenarnya aq ni sakit atiey sangat nengok 
sowg mamat nih 
xtawla knape aq jd skit atiey bla tgk die nih
(buat2 xtaw lak rahsia2 k, hangpa xleh taw)
xtaw la apa nk jd ngan aq nih sesuke je nengok die 2 
tp conpem bla dah nengok atiey ni ase sakit2, tercucuk2 je 
waduh2 sakitnye!!!!!!





urmmmm xkisahla sape owg 2 tp aq ttp sakit atiey kt die
kerana die aq jd "kecurangan akedemik" di uum nih ahaks......
 xbaek btol kan 
tp siyes sy nak jd seowg yg setia


xmoooo curang2 k 
pada mamat berkenaan jauhkan diri anda dari aq k
(bialah die xpernah dekat ngan aq pon)

hehehehehehehehehe

 naseb korunkla bace belog aq yg berboloks2 nih ye
pada mereka yg paham 2 diam2 sudaaa ye
pada yg xfaham pon lu pikir r sendiri ye.......


kalau korunk nk taw pasai apa atiey aq skit nengok mamat tuh
korunk mehla tanya atiey aq nih sendiri ye 
(jgN maRE)

 hehehehehehehehe
  

ape2 pon
yg berlaku dalam kamus hidup aq

 *
*
*
*
*

*
*


 "BIARLAH RAHSIA"

k la aq nk caw lu k daaaaaaaaaaaaaaa

 

Tuesday, March 1, 2011

LuAhAN HaTi....

kala ini hati ini sayu mengenang sgala yang berlaku dalam hidup ini...
mgapa semua ini berlaku disaat aku perlukan sokongan & dorongan drp kalian semua....
aku lemah... kadang2 aq xmampu mbendung sgala kekecewaan dlm hati ini..
kadang2 air mata ini jua mnitis kerana fikirkan kalian...
mengapa semua ini terjadi disaat aku dambakan kebahagiaan dlm hidup ini...
aku rindukan suasana dahulu 
 saat kita sama2 berada sebumbung membesar bersama satu ketika dahulu..
saat itu kita sama2 jalani kehidupan susah senang kita..
namun segalanya telah berubah
kini ....
kau lebih bahagia bsama insan yg kau sayangi...
hingga kadang2 kalian lupakan kami..
saat kami perlukan kalian 
kalian jauh dari segalanya...
kadang2 hati ini terguris kerana kalian lebih mementingkan 
orang lain dari kami semua..
namun aku xboleh persalahkan kalian kerana kita masing2 
ada kehidupan yang tersendiri...
bukan niat aku ingin menyalahkan kalian tapi sekadar luahan 
yg tersemat dihati ni...
maafkan diri ini andai kalian terasa dgn kata2ku ini..
walau ape pon terjadi dalam hidup kalian
hanya satu inginku katakan
ingatlah IBU....
ingatlah segala pengorbanannya untuk kita selama ini
segala penat lelahnya untuk membesarkan kita
kalian tolonglah 
jagalah hatinya agar dirinya terus gembira
melalui sisa2 hidupnya kini
sesungguhnya SYURGA itu dibawah tapak kaki IBU...
jgn biarkan hatinya menangis & terguris dgn sikap kalian.....

sEkiaN......reNunG2kaNlaH


 kasih ibu bawa ke syurga...


Pertemuan semalam, hari ini dan esok

Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang
Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian
Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.
Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati
Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan
Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu
Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku
Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................
sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan..

Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...