lieya

lieya

Thursday, July 25, 2013

Puasa & Raya


Salam.....

Alamak cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar sekarang dah 16 Ramadhan. Masa ni kebanyakkan kita dah berada dalam mood raya dah kan...Masing-masing sibuk nak siapkan kuih raya, siapkan baju raya tambah-tambah yang mengambil upah mesti rasa tak cukup masa...Lya tempah je baju raya tahun ni...tak banyak adalah 4 pasang...(hampeh je kan kata tak banyak)  
HeHeHeHe....


Kuih Raya lak Lya tak buat apa lagi...perancangan nak buatkan tu ada tapi mood RAJIN Xmai lagi so tak dak apalah kan kalau dah Mood tu tak muncul-muncul lagi..huhuhu...(xdak ke org nak derma kuih kat Lya, nanti xyah buat dah) Kurang ajor kan ayat minta derma lak, banyak cikadak ang...errrrrrrrggghhhh Tolong Rajin-rajinkan diri anda ye Cik Lya..Tak nak Malas-malas tak nak...tak nak...tak nak tau....
Lempang laju-laju baru tau.



Marah ni...marah ni....silalah nanges...Puasa tahun ni Allhamdulillah masih full....rasa seronok & bersyukur sangat kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini..In sha Allah moga-moga apa yang kita amalkan diterima oleh-Nya..Amin....Harap-harap Puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas..Mood raya pon sekarang ni dah ada dah tapi masih dalam 40 peratus lah kot hehehe..Banyak benda nak kena buat ni..nak kemas umah lagi...nak buat kuih lagi..& macam-macam lah masih dalam perancangan jadi ke idak tu tak tahulah kan..kita sebagai insan hanya mampu merancang...heheheHarap Raya tahun ni my beloved brothers & keluarga dia balik beraya kat kampung barulah meriah suasananya...rumah sesak dengan penghuni...Tak kisahlah walau rumah kecil tapi yang penting penghuninya bahagia...Oklah nak sambung buat kerja la pulak, Lya chaw dulu lah ye ok papai...Selamat Berpuasa Semua....Jadi Budak Baik taw



Salam...

Sunday, July 21, 2013

luahan rasa

Hari demi hari
hati ini sering menangis..
merintih pedih..
dugaan demi dugaan melanda hidup ini
kadang-kadang terasa tiada daya lagi
untuk menanggung segala-galanya
semua yang aku lihat hanya satu penipuan dan kesakitan
semuanya menimbulkan kebencian
kebencian demi kebencian
sehingga terasa hati ini keras sekeras batu dilautan..
sampai bila lagi harus aku tanggung semua ini
sebanyak mana lagi sabar yang dapat aku pertahankan..
Ya Allah maafkan diri ini kerana selalu merintih dengan dugaan yang kau hadiahkan
Maafkan diri ini kerana wujud titik-titik kebencian dalam hati ini
Sesungguhnya aku juga benci dengan semua rasa ini
Namun aku hanya insan biasa
Punyai hati yang sama seperti manusia biasa
Tak bisa lari dari rasa kecewa…rasa benci…
Maafkan aku Ya Allah
Hanya padaMu tempatku mengadu
Aku yakin dengan segala perancanganMu Ya Allah..
Pasti disebalik semua ini
Akan terselit hikmah-hikmahMu Ya Allah
Kau tabahkan dan kuatkanlah hati ini
Untuk melalui hari-hari yang mendatang Ya Allah
Aku perlukanMu disetiap hela nafasku Ya Allah…

Dan aku yakin hanya diriMu sebaik-baik penolong dan perlindung untukku Ya Allah