Salam....
Hi...Hai...Hello...Sawadikap...Apa kabar semua..Lya harap korang semua sihat sentiasa yer..
Adoiiiiii....hari ni mata Lya ni terkena virus lebih ni..rasa macam dah tak boleh nak angkat kelompak mata ni asyik nak tertutup je...Plezzzla...Buka, buka, buka mata...pandanglah mereka insan kecil yang tak berdosa...oiiittt silap...silap... ni lirik lagu dah ni...Lya...Lya.. ang merepek mengabang tebeng ape nih hah...(ayat member dulu-dulu). HARAP MAAF, nampaknya mata Lya benar-benar terkena virus MENGANTUK so, tengoklah ni asyik merepek je ni..
Sekarang ni dah berpuluh-puluh kali asyik menguat je..banyaknya syaiton mendampingi Lya ni..seram..seram... Nyahhhhh kau dari hidup ini wahai syaiton-syaiton sekalian, jangan hampiri aku suhhhhhhh suuuuhhhh sssuuuuhhhhhh...pergi jauh-jauh jangan duk gatai nak ganggu cheq na....
Allhamdulillah...selepas halau syaiton ni dengan ayat kursi nampaknya virus nih dah berkurang...mujarab...mujarab...
Alang-alang dah tertulis pasal mengantuk, so Lya nak share la tips untuk hilangkan rasa mengantuk.
Jom...Terjah....
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
Wangian aromaterapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.
Okla semua Sekian...Bye..Bye.Salam.