lieya

lieya

Saturday, April 30, 2011

1001 malam...





~ke6gan yang terukir 26.04.11 selasa, malam jam 9.00p.m -12.00 a.m~

Hari ni kami budak2 last sem Bachelor of Public Managment (BPM)
mengadakan jamuan perpisahan..En Malike Brahim & En amir hamzah pon turut serta...
Allahamdulillah makanan disponsor oleh En Amir Hamzah...majlis ni ok la ade banyak makanan & yang paling aq suke mee karinya perghh best!!!!
aq ni mmg hantu mee kari law ade telur, kerang n udang lg bestlah..
hehehehe
makanan semua dikatakan best2 la malam tu tapi yg xbestnya adalah melihat wajah2 rakan2 BPM semua..xsangka lak dah hampir berakhir kehidupan kami sebagai pelajar di UUM Sintoque ni...
sedey lak aq menatap wajah kawan2 aq semua..
lepas ni belum tentu kami boleh berkumpul & bertemu bersama-sama lagi..
maklumla kami dari satu Malaysia kot, negeri lain2..
ade Johor, Melaka, N9, Perak, Kedah, Kelantan, Selangor,
Terengganu, dan yang paling jauh lagi Sabah & Sarawak...
sedey rasenye..tp bak kata En Amir Hamzah Hidup adalah tangisan..
lahir dengan tangisan dan berakhir juga dgan tangisan...
(lebey kurang cam tu lah ayatnya)

aQ xtahu bila lagi boleh jumpa rakan2 aq ni semua
Konvo 6t pon xsemua sama sebab ada yang amek
praktikum dan ada yang amek paper
so bebudak yg amek paper akan konvo dulu bulan 10 tahun ni
& kami yang amek Praktikum mybe Konvo bulan 10 tahun depan kot...
lambatnye kan..mybe time tu ade yg dah bekerja, bertunang, berkahwin
& bakal jadi papa & mama (dapat baby)
hehehehe
sayu je rasa ati aq ni nk berpisah dgn dieorang semua..tp nk buat camne
"Setiap pertemuan pasti akan berakhir dgn perpisahan"
kita bertemu & akhirnya berpisah lumrah dalam kehidupan seorang manusia..
walau sayu, hiba, sedey, pahit & sewaktu dengannya kita kena gak hadapi semua tu kerana hidup perlu diteruskan kita xtahu apa yang menunggu dihadapan kita..
walau aq sedey camne pon aq akur dengan takdir yang maha Esa...
rakan2 ku sekalian aq pasti akan rindukan saat2 kita semua di UUM ni...
Rindu saat2 belajar dalam satu bilik kuliah, berkongsi ilmu dengan pensyarah yg sama..
kita bergelak ketawa bersama2...
aq pasti akn merindui semua saat2 indah yang telah berlalu disini..
di kampus UUM Sintoque ini...inilah kenangan terindah dalam hidup aq..
aq kenal erti sebuah kehidupan disini.....
kehidupan yang sangat indah...
TQ to all my frendz..i will miss u....
jangan lupa aq erk kawan2 semua..
ingat aq dalam doa kalian.....


( #_______# )




~~~> ku abadikan memori indah kita semua disini

!

!

!

!

!
V
Bebudak BPM
senyum!!!
nyum..nyum..nyumm
 En Malike Brahim
sopannye....he3
mcm2...
bersama En Amir Hamzah
snap3...
my best frendz..
K.a.m.i..
 gaya tersendiri..
1..2..3..snap!!!
Geng2 GaNu..

ni je sempat upload tnet slow cam ciput je huhuhu...

Wednesday, April 27, 2011

jatuh cinta kerana Allah @ Nafsu??

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.





hasil copy paste dr~>facebook

Sunday, April 24, 2011

gRaNd diNNer.....

Bosanla malam ni.......
baju daa basuh, muviee dah layan..tp tetap bosan....
tetiba aq teringat lak tentang Grand Dinner PPA yg telah aq hadiri baru2 ni.
Mula2nye aq rasa seronokla jugak tuk joint dinner ni al-maklumla dah sem last aq kat sni nk juga cipta memori indah bersama kawan2 yg len...tp bila da dekat majlis ni nk diadakan baru aq taw ramai bebudak sem last x p..mcm rugila pulak rasa antara nk p dgn xp 2 dah 50-50 kot...
hampeh jer..


###########################################
pejam celik pejam celik
tibala hari 2...siyesss malas sangat rasa nk pergi tp da byar terpaksala p rugi la klaw xp
aq xtaw la pe mksud tema dinner ni "Glamour & Smart Casual" so aq abaikan jela tema2 ni....


( ^______________* )



opppppsssssssssssss!!!!!!!!!

sebelum aq citer lg bnyak ttg dinner ni aq nkla kongsi peristiwa2 yg berlaku sebelum p dinner 2..
!
!
!
!
!
!
V
hari ni aq ade seminar kat Dewan Mas..cam biasala klaw
seminar2 ni aq kureng berminatla tambah2 seminar 2 
dalam bhasa om puteh geli telinga aq ni nk dngar byk2..
kalaw paham xpe gak ni xfaham lgsung mulalah aq tersengguk2 kat dlm dewan 2....
busannn vs ngantok...
Seminar ni ade 2 sesi pagi & petang
hbes je sesi pagi aq mula menghasut kekawan aq ajk dieorg balik...
ngantokkkk!!!
dieorg ikot jelaaa idea ja'at aq 2 
hehehehehe
balik 2 ingat nk tito tp xtito pon duk lawan kawan aku a.k.a husniza sembang...
lepas satu topik satu topik tut2
duk syok2 sembang dia dpt mesej supaya turun kat Kachi mall kul 6.30 ptg
tuk bertolak ke Hotel Holiday Villa kat Aloq Setar....


****************************************

kami bertolak ke sana dalam kul 7 lbey gak r
biasela jnji melayu cakap je kul 6.30p.m 
tp xtepat pon ni semua sbb masing2 ade perangai & hal masing2 kan 
so xley gak nk salahkan sape2 dah adat katakan 

urmmmmmmmmmmm

dalam kul 8 lebey kami sampaila kat hotel 2...
trun2 je bus 2 teros cari surau....
setelah selesai semuanya kami pon bersiap2la tuk ke majlis 2 kat tgkat 9
masuk2 je dalam dewan 2 tgok bebudak BPM sem last cikit je, xramai yg p...
huuuuuuuuu
mcm biasala dah nama majlis mesti ade ucapan2 dlu kan.....
ntah sape yg berucap aq pon xpasti...
lpas 2 makan2 n adela bebudak junior bt persembahan...
mghiburkan kami yg sedang melantak hehehe
banyak juga la xtviti2nya...
pastu sesi bergambar......
*

*

 *

antara gmbar2 yg sempat kami snap



 menu kami..

k.a.m.i
bebudak BPM sem akhir
macam2 adaaaa...
tenyum..tenyum
model2 BPM
kui3....
kumpulan Kerjaya
comel3...
peace no war..
bersama Mus May
Azlee senario


daaaaaaahhhh tu jela mampu aq upload banyak sangat xlaratla 

ngantokkk sudaaaa papai

( *____________*)

~muahhhhhhhh~

Saturday, April 23, 2011

WiNdu KaMpOng vs CayunK uUm....

malam ni terasa winduu lak kat family di kampung...windu nk makan masakan mak..
winduu sama mak, adk2 terutamanya adeQ bongsu aq yg nakal sorang 2 (hafiz mustaqim)...
terasa windu nk usik2 dia sampai nges, ske tgk die nges hehehe
pastu buat cerita & lawak2 bodo sampai die gelak guling2..
siyess winduu sesangat saat2 cam 2..
klaw ngan adeQ2 pempuan aq lak aq windu saat2 nk tido
mesti ade insiden2 rebut2 bantal, tarik2 selimut, tarik2 rmbut n gadoh2 lpas 2 gelak2 
dalam selimut pas 2 buat2 batuk tkot abg long yg duk tgk tv dengar & marah...
tp sesekali 2 ade gak kna tegur & marah....taktik xberkesan....ngeh3
paling terok lg bile mak yg tengah tido blik sbelah lak yg marah
~xleh tido lg mo'oor malam buta dh ni nk galop g turun tanoh nung la~( ayat ganuu ler)
cian mak terjaga sbb kebisingan kami tuh
huhuhuhuhu
winduu la  windu sewindu2nya...
*

*

*

*
satu lg hal yg mbuatkan aq winduu nk blik kg saat ni sbb 
nak tgok anak sedara sulung aq (anak akakku) yg telah dilahirkan pada 23 mac baru ni...
walaupon akak aq dah hntar byk pic baby gurlz die tuh
tp aq ttp xpuas hti sbb xleh nk ciom2 baby gurl tu..
tp xpe tgokla 6t law aq dah blik 6t aq nk ciom2, gomol2 pipi baby tu sampai nges mesti besh ni
i like!!!!!!!!
hehehehehe
tunggula kepulangan mak sedaramu ini yer Ainul Mardiah...


*****************************************************

nak balik mmgla nk balik tp cayunk lak ase nk tggal bumi Sintoque ni... al-maklumlah pas ni mesti dah xde lg saat2 camni...syg nk tggal kwan2 kat sni..siyes walaupun ade mase sebulan lg kat sni tp ati aq dah rase berat + sedey nk tggalkan tempat ni...
nanti mesti dah xjumpe lg kawan2 aq yg duk jauh2,
xjumpe lg suasana yg mcm sekarang ni....
huhuhuhu 
sedey3....
2la skrg aq nk duk cni puas2 nk cipta kenangan indah2 tuk dikenang satu masa 6t..
aq taw semua ni pasti xkan berulang lg dlm hidup aq...

saYa wiNduu Kg saYa + saYa caYunK uUm...


Tuesday, April 19, 2011

jiwa kacaw..

boley x mlm ni aq nk nges puas2.....aq xtaw nk buat ape dah sgt2 tertekan.....sok nk present tp benda ape aq nk bgtau xthula...kacip parok wase...Falsafah pon kna uat presentation individu lak khamis nicoz mrkah xciment teruk..knpe la b******g sgt aq rase ni....ya Allah kuatkan la hati aq saat ini..hnya pdaMu ku meminta...siyess aq stress tahap cipanzi dah....rse nk duk lam slimut, pelok bntal n nges laju2 saat ni huk3....aq betul2 tertekan siyes kepala dh rse mengong dah....arghhh...da xthan ni nk nges jgk sampai tido huhuhuhuhuhuhuhuuhuhuhuhuaaarrrrrrrrr

Thursday, April 14, 2011

Merapu vs Meroyan (*___-)

adoiiii tensennye aq ari ni, tensen ape pon aq xtaw
tp siyes aq tensen + geram
rase  nk jd curupira vs cipanzi lak...
tensen sgguh dgn masyarakat sekeliling aq ari nih..


**************************

bila otak dah serabut serabai macam ni,
aq kenala cari alternatif tuk mengawal kegilaan ketidakwarasan aq ni...
kalaw xdikawal tkot makan dri lak..
lebey parah lg 6t kawan2 aq lak yg terkena tempiasnya...

sabor...sabor...
jgan sampai aku jd hijau cam increadible hulk sudaaa yeee...
sbb aq xsuke colour hijau dia 2 dah la hodoh geli aq nengoknye..
kenape la die xjd colour len je kn colour pink ke, biru ke, ungu ke cantek sket kot
hehehehehe(memandai je aq nih rosak2)
kompem2la kalaw aq buat filem leh lingkup syarikat aq nih...
so jgn bio aq buat ye...kang jd keje sia2 lak....
_____
|
|
|
|
|
+____________+

Bila aq da jd macam ni, aq mulala nk merapu mcm2 ni...
argghhhhh bio la asal jiwa aq xkacaw dah la ye....
sekurang2nya dgn merapu cam ni stress aq leh dikurang kan cket dmi cket...kan3
xdela aq nk kacaw jiwa org lain lak dgn stress aq tu
petua awet muda ni sapa nk selalu kelihatan muda
sila tiru macam saya yer.....(versi usop dlm muvie hantu kak limah sambil gerak2 tgn)


siyesss la wei....
skarunk tekanan & kegeraman aq dah berkurang....
(jiwa xstabil ni bhaye2 cpt2 g PKU ye) hohohohoho..

*********     **********
**************
++++++++
+++
**
*
sikalang mood sy dah ok
&
sikalang sy baru terpikir
dari sy teros merapu cam gini bek sy translete
jurnal kat google translete
(nyesal lak rase kecik2 dlu xnk amek english Education kn sikarang terpaksa guna Google translete yg ayatnye berbelit2 tuh)
Aaaaayoooo yoooo...
apa nk jadi...
hali khamis dpan da nk kna bentang dah (pakinson lak la aq kat dpn tuh 6t)



ok la walaaaaaaaa
caw cin caw 
jiwa kacau

^________________^

eh eh eh...jap3



ni ha ade sepotong tembikai  ayat yang aq jumpe
ketika aq sedang menggeledah fb aq td ni
so aq copy paste je la
utk dikongsi bersama...
*
*
*
*
*
*
*
X

"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut"

Wednesday, April 13, 2011

Busannnnnnnnn tulun3

Busannnnnnnnn...........
awatla malam ni aq busannn sesangat...keje bnyak tp malazzz nk wak...tensennnnnn nyeh!!!!!!!!!!!!!!
nk merapu ape malam ni erk?????? 

urmmmmmmmm, emmmmmmmmm, immmmmmmm,urmmmmmmm,urmmmmmmmmm 
nape nk tulis erk.....idea kering lak daaa......

nape erkkkkkk jap nk pkir jap....


*__________^^



dia mai dah........dia mai dahhhhh.......
jeng3, 
yessssss idea dah datang (bertukar)........k malam ni mood jiwang + serius sikit la erk...

~~~~BICARA TENTANG HATI & PERASAAN~~~

hati & perasaan adalah satu anugerah kurniaan Ilahi kepada setiap manusia, namun setiap manusia mempunyai pandangan & perasaan yg berbeza-beza....termasuklah hati aku sendiri...

*******************

aku xtahu apa yg sebenarnya hati aku inginkan...puas sudah aku fikirkan apa yang aku inginkan dalam hidup aku....namun aku masih buntu...buntu dengan perasaan sendiri persoalan tu xpernah terjawab oleh diriku sendiri.....
kadang2 aku rasa inginkan sesuatu namun aku xpernah berpeluang memilikinya kerana apa yang aku inginkan itu xsemudah membaca ABC dan membilang 123....
kadang-kadang aku terpikir apa sebenarnya yg aku inginkan dalam hidup aku...aku masih keliru......keliru & terus keliru....
susah jugak punya hatu & perasaan tetapi x berperasaan camni kan....semuanya kosong.....nothing xde pape...
kadang2 aku sering bertanya kepada hati aq kenapa jd camni.... xleh ke jd cam dulu2..
mungkin dulu ia sering terluka dan akhirnya kini tidak wujud lagi rasa didalamnya.....mungkin ini juga terjadi kerana kekejaman aku sendiri terhadapnya
kadang2 aku melakukan sesuatu hanya kerana ingin menjaga hati orang lain & bukan untuk menjaga hati aku sendiri...ja'at kn aku........

ishhhhhh pe aku merepek nih.....sabo jela.....

Tuesday, April 12, 2011

Cengeng.....

korunk semua.....
korunk biasa dengar x istilah "cengeng"?????
urmmmm...ade sesetengah org mgkin dah biasa dgar kn & bg aq lak siyesss ni ptama kali aq dengar & tahu wujud pkataan 2...kalau cengir 2 biasa gak dengar tp cengeng xde lak....hehehe
saja je aq nk kongsi pkataan 2 dgan korunk2 semua yg masih xtaw maksud sebenarnya pkataan 2...pada yg dah taw 2, abaikan jela entri ni ye xpayah bace xpe.....
kalaw nk bce gak aq xkesah korunk sentiasa dialu2kan tuk baca belog aq ni...tp aq xpaksa lak korunk tuk membaca semua entri2 aq yg tah pape & xberilmiah nih 
hehehehehehe


^_____________*
berbalik kepada pkataan cengeng 2 lak, berdasarkan ape yg aq taw berdasarkan sumber2 rujukan melalui seseorang yg bernama ___________ ( agak2 sape erk try la teka yer) dan melalui carian aq kat google ni rupa2nya

CeNgeNg = kUaT nAnGeS @ mANjEr


2la maksudnye....so pada korunk2 yg xtaw 2 skrang dah taw kan3...



hehehehehe


saje je nk kongsi2 bahasa ngeri owg dengan korunk semua...

#************************#


Bila dah taw mksud cengeng 2...
aq tpikirla lak adakah aq ni seorang yg cengeng??????
huuuuuuuuuuuuuuuuuuu
yg ni korunk pkirla sendiri ye.......ngeh3

setakat 2 je la dlu ye...nk tido jap ngantuk daaa...


p/s: TeN-Q pda sorang insan 2 sbb bgtaw aq istilah cengeng 2 ape erk.......
k walaaaaaaaaaaaa......

muahhhhhhhhaaahhhh



^______888888______^
8888888

Monday, April 11, 2011

rileks2 makan ABC bersama2 my prendz

aiiii cik belogku....rindula kat kamu malam ni, dah rasa meroyan rasenya nk bersamamu mlm ni hehehe (jgn pikiq bkn2 k) saje je nk kasi ayat power g2...malam ni xde smangatla nk wak xcement..smngtku yg hilang...xde smangat la....plezzzzzz kwn2ku give me spirit..


xpela bio la mlm ni aq wak xcement kt belog ni je dlu erk yg len postpone dlula erk..ohhh my lec jgn mrah law xcment sy xciap erk3...
************************
haaaaaaaaaaaaaaaa la ni aq nk kongsi2 citer ngan ko ni cik belog oiii, nk dgar x?????? (aq ase law cik belog aq nih leh bkata2 mesti die ckp cer citer cer citer xsabo2 nk mdengornya kan)
ahaks...hehehe...


beginila ceritanya....semalam aq mimpi dia dtg bersama senyumannya..sgt2 tomeiii mcm baby rase nk cubit2 je geram3.....
oppppppppppppsssssssssssss!!!!!!!
salah citer ni sebenarnya aq nk citer ttg kenangan aq ngan husniza n dayah semalam.....

semalam kami ade meeting tuk xcement kerjaya pas 2 dah alang2 turun kat mall kachi 2 teringinla lak makan ABC= Air Batu Campur+ Air Batu Cendolll (ayaq sagaq dayah che pee ckap)...korang nk taw x lagu mana air sagaq 2 meh cik tunjuk nooooo


Nilah ayaq sagaq.....

tu la rupanya ayaq sagaq ye, pada sape2 yg xkenal 2 skrang dah kenal kan..tp law kat kg aq, aq cakap nk ayaq sagaq 6t org 2 bagi sabit lak kat aq suh p sagaq nyuir...sabo jela...

urmmmmmmmmmmm.........

dah xlama masa aq bersama2 kwan2 aq ni kat sintok ni berat ati lak nk tggalkn mereka semua..kalau boleh aq nk je belajar lg kat sini tambah la setaun lg ke...aq xnk khilangan semua ni..kawan2 aq dan segala2nya di sini...kalaw boleh sem ni aq nk enjoyyyyyyy ngan smua kawan2 aq kat sini..study week ni aq xnk balik nk duk sni lama2 sket (dayah tlg temankan aq n rumet aq taw)...rasa xpuas ag belajar sini tp sedar xsedar dah hampir 3 taun aq kat sni...
arggghhhhhhhhhh
 tulun2 aq xnk berpisah dr kawan2 aq semua...aq taw msti 6t dah susah nk jmpe diaorg...dahlah semua berlainan negeri jauuhhh lak 2 dipisah oleh bukit bukau, gunung ganang n lautan api semua huk333
mesti 6t hari last aq nanges nk bpisah dengan kwn2 aq nih....sedey3...

antara memori yg dapat aq lakarkan semalam ngan kekawan aq:-

comel kekawan aq 2owg nih manje2 gtu


PEACE: nk makan ABC ~V~

senyum, senyum,senyum ooppsss comelnye

menikmati ABC nyum3..

ala2 model g2 posingnye..

hehehe jgn mareeeee..

makan ABC 20 sudu..

nampok bebenor lapornye...ngeh3

daaaah3 da letih nk naip..sok da kelas 6t sy bercerita lg kat u ek darling my belog...k  


muuuuuuuuuuuaaahhhhhh
 my prendz
i love u all..........

Friday, April 8, 2011

terkilan

urmmmm ari ni aq sedikit terkilan dgn seseorang, ntahla dah lame aq bgtaw dia kot aq nk fulus tuh tp ttp xleh nk bg..mmg ye xkesah kot nge aq nih...mmg dari aq kecik dia xamek kesah ttg aq kowt..kdg2 dia ada tp mcm xde gak...ntahla ape2 pon xpela aq xtaw sbb ape die camni kat aq mgkin ade sbb2 nye kot ntahla k la malas nk pkir pasal ni lagi. aq ade ke xde ke aq xkn mtak dah ngan die bialah aku bdikari sendiri, rezki adala 2 kt mane2 pon... aq xnk mengharap lg dah sbb aq taw aq akn terasa n kecewa law mgharap pdanya.

Wednesday, April 6, 2011

Lesen oh lesen

Ari ni tanggal 5.april.2011 jam 6.40 a.m aku bangun & macam biasala rutin harian aku bangun2 je tido teros tangan aku nih capai tuala, bakul sabun. Dengan rambut yang ntah ape2 2 (ala2 kak limah) aku pegang tombol pintu & jeng3......

aku pun keluarla kan xkan nk pegang je kowt tombol 2 hehehe (suspen jew) kaki aku ni laju je menuju ke destinasi yg sepatutnya...(kamar mandi ler)
selepas semuanya selesai aku pon segeralah menunaikan kewajipan aku sebagai seorang hambaNya 
(subuh prayer)..

Ari ni aku n rumet aku bersiap together-gether coz ada program great ape tah kat Dewan Mas, kami ke sana menaiki bas yang sama, macam biasalah dalam bak2 rebut2 nak naik bas ni kami ni boleh dikatakan terer la cari tempat yang strategik....
setelah majlis berlangsung aku cam biasa la 5minit pertama dengar ucapan 2 ok lagi tapi lepas 2 hancuss ngantok sih...plus2 lak orang yg berucap tu cakap om puteh lagilah putih mata aku nih...
dalam jam 1.30 p.m 2 program 2 tamat n aku ada lagi satu program iaitu berlatih memandu di sekolah memandu Mustika Muhibah...
Selepas makan together-gether dengan rumet, jiran, sem n kawan2 rumet aku kat Lego aku pon p la solat zuhur kat surau dkg 2..
Dalam kul 3.28 p.m g2 Ameq Gurka (pemandu van mustika ) mehla amek n bawa kami ke sekolah memandu tuh..
sesampai je aku tengok cikgu aku dah nunggu aku al-maklumla jadual latihan kul 3.00 p.m tp aku sampai dalam kul 3.40 p.m lbey2 gak r..


+-/x= tibalah masa aku drive keta

Hari ni cikgu suh aku p laluan 3, macam biasala dengan memegang status driver berlesen


aku bawalah cikgu 2 ke destinasi yang dia suruh aku p 2...
semuanya ok selamat....lega dah aku pada masa 2

lepas 2 cikgu suruh aku p kat litar untuk belatih naik bukit lak...


masa nek bukit 2 okla tp masa nk turun bukit 2 kete aku mati enjin so masa tu dah kena tegur..ingatkan pas 2 keadaan aku oklah tapi makin bertambah terok, orang lain nek turun bukit dah 2 3x tapi aku xleh turun2 lagi asyik mampos n ngundur belakang je haisssssshhhhh aku meluat gila masa 2 dah mula rase tertekan n bosan...
cikgu lak nampak marah je al-maklumla tambah2 lak masa 2 cuaca tengah panas...

aaaaaaerrrrrrrrghhhhh!!!!!!!!!
aku rase nk kuar je ikot tingkap keta 2, masa 2 memang aku dah xleh beri tumpuan dah aku langsung xleh wak n masa tuh mmg cikgu aku marah gila2la
rase cam nk jerit kuat2 je time 2 geram kat dri sendiri
aku tekan minyak banyak2 sampai kete 2 mengaum kuat2 pas 2 lepasla aku menuruni bukit tuh...
sesudah aku berjaya melepasi bukit 2 cikgu aku ajak aku p belajar parking lak...
tp muka die ttap mencukalah

masa nk parking tu cikgu aku cakap dia xnk ajar aku ape2
ari ni cuma nk tgok aku buat sendiri je n dia pon teros diam.........+++ muncung sket2 hehehe
masa ni aku langsung xingat ape2 dah step2 yang dia ajar, dia kuar dari kete n suh aku wak sorang2 dalam ati aku masa ni Tuhan je yang tahu nk nanges tahan je, tahan n terus tahan...mmg sah aku xleh wak parking 
cikgu muka memang bengang gilalah mase tuh 
siyesssssssss aku takot........

dalam keadaan emosi terganggu camni mmg aku xtaw nk buat ape dah
aku ase nk nanges je masa tuh...nk nanges kuat2
malu pon ade bidak sebelah aku tuh rileks je parking
lepas kena marah++++ bebel ngan cikgu tuh aku pon bjaya parking


 

tp ati aku nih lgsung xhappy sebab tengok muka cikgu yang dah macam asam jawa cuka 2
huhuhuhuhuhu
>________<

siap2 je parking
cikgu suh p wak 3 penjuru lak adussssssssssssssss
masa ni aku dah xtaw nk kate ape da...
siyessssssss mate aku dah merah n berair tapi aku tetap tahan
xmolah 6t orang tengok aku nanges maluuuuu kowt....
muka aku pon langsung dah xleh senyum...
memang nk nanges sgt2 rasa...aku xberani dah pandang muka cikgu tuh
aku tengok kat luar tingkap supaya cikgu aku xnampak mate aku yang dah merah berkaca tuh

huk huk huk....

3penjuru ni pon mmg aku xleh wak nagan betul la
cikgu lagilah marah kat aku
dia pon kuar dari kete dengan mengambil beberapa batang rokok
kemudian dia arahkan aku supaya aku p nek bukit n buat parking sorang2...aku memang
geram giler +++ nak nanges masa tuh (aku xlehla owg tinggi2 suara dgan aku ni, mula la air mata ni nk mnitis je manje xbtempat tollll)

aku pon p la wak bukit 2....
herannnnnnnn bangat aku
masa cikgu ajar tadi aku xleh buat langsung tp bila sorang2 buat okla  pulak
hehehe

happy sikit ase, tp tgk ckgu masih xpuas hati..
pas 2 aku p wak parking lak tp mmg hancusss leborla
aku xdpat buat lgsung parking nih sehinggala cikgu mai ajar lak lagi sekali mmg aku tension r...
aku dah bosan, n putus asa malaz dah nk belajar...
mybe cikgu 2 perasan mata aku merah kowt
aku tengok makin dia pon dah makin sejuk lpas dapat hisap rokok
ishhhhhhhhhhhhh3
ape nak jadila kn3...
gelap masa depan aku tuk mendapatkan lesen


huhuhuhuhuhuhuhu sedey sangat........
masa nk blik 2 cikgu dah 6pak ok n da xmarah2 lagi
dia tanya aku ada masalah ke hingga xleh bg tumpuan langsung ari ni.....
nk je aku cakap kat dia
sy jadi cam ni sebab cikgula marah saya tapi xterkeluar hehehe
(siyes xberani kurang ajar sama owg tua )
ape2 pon sbelum aku balik aku sempatla mintak maaf dgan cikgu tuh
coz aku dah naik kan darah dan  jd mengong ari ni...huuuuuuuu
lega gak tgok cikgu dah senyum balik
kekeke

apa yg aku nk citer kat sni: jgn marah aku coz aku ni cpat sensitif n mulalah nk nanges law owg mrah aku 

huhuhuhuhu
k la walaaaaaaaaaa...nk tdo mantuk


MUackssssssssssssss semua!!!!!!!!

Friday, April 1, 2011

aku sayang kalian...


 
Sahabat....
Tika ini aku mula merasa berat...
Berat untuk menghadapi hari2 yang terpaksa dilalui
Kini hidup kita di kampus sintok ini semakin singkat
Begitu pantas masa berlalu
Hari berganti hari, detik berganti detik
Segala-galanya makin menuju ke penghujungnya

 

Sahabat....
Terasa baru semalam kita bertemu
Beramah mesra mengenali antara satu sama lain
Semakin hari kita menjadi semakin akrab
Kita mengenal hati dan perangai masing2
Kadang2 ada waktunya keakraban itu goyah
Kerana datangnya ujian dan dugaan daripada Allah yg Esa
Namun kita dapat pertahankannya
Mencari jalan penyelesaiannya
Akhirnya kita kembali bergembira bersama



Sahabat....
Saat ini aku terasa ingin sentiasa bersama2 kalian
Tak ingin berjauhan apatah lagi mencipta permusuhan
Aku ingin bersama kalian
Bersama-sama  mengukir  memori indah
Di kampus uum sintok ini
mencipta memori disaat2 getir ini
Agar memori itu abadi tersemat dihati dan sanubari kita




Sahabat...
Aku sedar sesungguhnya saat yang ditakuti itu
Akan pasti tiba
Kerana lumrah dunia
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Bila masa telah memisahkan kita
Aku pasti akan merindui kalian semua
Rindukan suara, hilai tawa, kata2 semangat, dan segala2nya tentang kita
Tiga tahun segala-galanya terjalin
Tak mungkin bisa aku lupakan
Disinilah kita belajar erti sebuah kehidupan
Di sini juga kita belajar tentang erti sebuah persahabatan
Mengenal erti musuh dan sahabat
Di sini juga kita menangis dan gembira bersama
Berkongsi kesedihan dan segala-galanya



Sahabat....
Kalianlah semangat aku di sini
Tanpa kalian aku tak mampu untuk terus kekal di sini
Aku mohon agar persahabatan ini
Akan terus mekar selama-lamanya
Bukan setakat di bumi uum ini
Tapi sehingga ke akhir hayat kita..
Sahabat aku sayang kamoo semua...


aku pasti akan rindukan kalian

 abadi di jiwa

frendz poever