Salam...
Lya rasa berat hati sangat sekarang, walaupun hari ini baru hari Ahad (24/11/13) lagi 4 hari khidmat Lya di ILP Marang sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17 (Pekerja Sambilan Harian) akan tamat. Kiranya ni minggu dan saat terakhir Lya berkhidmat di sini. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka Lya kat sini...biar pun Lya kerja kat sini baru 11 bulan (Kursus T-Gas = Jan-Jun) +(PSH = Jun-Nov) tapi Lya dah selesa dengan pegawai kat sini.
Mereka semua tak kira pegawai atasan mahupun bawahan semuanya baik, peramah, mesra dan tak lokek ilmu. Lya suka bekerja dibawah seliaan mereka. Banyak juga pengalaman baru Lya belajar di sini. Terima Kasih tidak terhingga Lya ucapkan kepada semua Staf ILP Marang kerana sudi menerima Lya untuk berkhidmat di sini, walau tempohnya hanya sementara tapi Allahamdulillah ini ketentuan Daripada-Nya. Lya rasa sangat bertuah dapat mengenali En. Zul selaku Pengarah di sini...Dia sangat baik, beruntung pegawai ILP Marang ni dapat bos yang begitu baik. Timbalan Pengarah pun sangat baik dan peramah di samping Pegawai-pegawainya Kak Hazama, EO Fatimah, Kak Za, C.C Anida, Kak Ma, Kak Su, En. Ya, En. Riduan, Kak Munirah dan semua lah tak tertaip di keyboard ni sebab ramai sangat. Pada yang namanya tak tertulis di sini jangan risau nama anda tetap tertulis di hati Lya ni...Cewah....ayat kan..hehehehe. (saje je tu nak menghiburkan hati yang sedang gundah gelana ni).
Lya tak kan lupakan kalian semua di sini..apa yang terpahat akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup Lya. Walaupun jarak rumah Lya dengan tempat ni tak jauh tapi Lya rasa selepas tamat kontrak ni pasti Lya dah segan nak datang ke sini kecuali ada kes-kes emergency. Tapi Lya percaya pada Qada & Qadar dari Allah S.W.T andai Lya masih berjodoh dengan tempat ini In Sha Allah suatu hari nanti Lya akan di hantar kembali ke sini..tak sebagai pekerja mungkin sebagai pelajar kemahiran atau apa-apa la kan...ini semua tak mustahil boleh terjadi kan....hehehehe...
Di kesempatan ini, (dalam hujan renyai ini) Lya ingin mengatur 10 Jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang Lya berada di sini Lya ada melakukan kesilapan atau ada melontarkan kata-kata yang menggores hati semua. Pada yang Lya tak pernah sapa @ tegur pun Lya minta maaf...Lya sebenarnya bukan sombong tak nak tegur kalian tapi Lya jenis yang agak berat mulut untuk memulakan perbualan kerana takut nanti termalu diri sendiri. Lya ni jenis agak pemalu jadi susahlah untuk memulakan sesuatu proses komunikasi. Tapi benda ni Lya perlu salahkan diri Lya sebab Lya tak belajar untuk mengikis sifat ni sejak dari awal lagi. Lya tak belajar untuk jadi riuh & mesra dengan orang, Lya tak belajar cara berkomunikasi yang betul sejak dari dulu lagi. Lya minta maaf sangat kerana Lya tahu setiap yang buruk itu datangnya dari diri Lya sendiri dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.
Sweet Memory in ILP Marang..Raya Aidilfitri 2013
| Staf Lelaki |
| Berganding Bahu Pengarah & Tim. Pengarah |
| Me & Adik2 Praktikal |
| Ramai-Ramai |
| Kak Su..EO Fatimah (Penyelia Lya) & Kak Munirah |
| Ratu & Puteri ILP Marang... P/S: Setiap kenangan bersamamu akan terus terpahat di hati & sanubari ini.....I will Miss u all.... |
No comments:
Post a Comment