Salam...
Apa habaq semua...Lya doakan semua baik-baik hendaknya ye..In Sha Allah...=)
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April kita ni...kejap je masa berlalu, tapi hidup Lya ni masih lagi di takuk lama tak ada perubahan.
Ehhhhhhh jap...jap...tipulah kalau tak ada perubahan langsung kan...Ada la sikit dan Lya panjatkan syukur Allhamdulillah dengan semua perubahan tu. Lagi satu perubahan yang paling drastik berat Lya makin bertambah-tambah ni makin debab+++++ dah adoiiiii camne nak kurangkan sikit pertambahan tu yer...Nak kata makan banyak xdelah sangat kan (cehhhhh....tak nak mengaku tu) =P. Betul tau Lya makan sikit je..tapi oleh kerana keturunan Lya ni jenis yang sihat-sihat jadi Lya pun mewarisilah kesihatan tu. Tapi Lya rasa mungkin tekanan juga menjadi faktor semua tu...Tipulah kalau Lya kata hidup Lya tak ada tekanan kan. Lya ingat masa belajar dulu Lya dah banyak dihimpit dengan tekanan tapi rupa-rupanya selepas belajar ni lagi banyak tekanan yang datang menguji keimanan dan kekuatan Lya. Kalau dulu tekanan setakat nak siapkan assignment...nak exam je tapi sekarang macam-macam nak kena fikir dan buat. Kalau mampu dan ada pendapatan tetap tak pe ni keje pun tak ada lagi camane kan..Hutang pinjaman belajar pun tak terusik lagi...urmmmmmm seram-seram..Sesekali tengok kawan-kawan yang dah berjaya terasa juga diri ni..bila la Lya nak jadi macam diaorang kan...seronok tengok hidup mereka cita-cita mereka dah tercapai..sedangkan Lya masih merangkak dalam kesamaran mencari hala tuju yang diri sendiri pun tak pasti ke mana harus ditujui. Uiksssss.....ayat sedihla pulak kan...tak mau sedih-sedih tak mau....tak mau tau...
Lya HARUS KUAT tau...Life Must Go On ok....orang lain boleh buat Lya pun mesti boleh juga tau tapi semua tu akan berlaku jika ada usaha dan diizinkan-Nya...apa-apa pun yang kita lakukan tanpa keizinan daripada-Nya kita pasti tak akan memiliki apa yang kita impikan....Betul tak???..
Sekarang Lya tertarik dengan bidang perniagaan online/langsung tapi Lya tak tahu bagaimana nak memulakannya...In Sha Allah satu hari nanti Lya nak juga berniaga...tapi tak tau lagi nak niaga apa. semua tu perlu diperhatikan dan di fikir dahulu bagaimana strategi dan apa yang ingin diniagakan...kan dulu ada belajar ekonomi kan so, sekarang Lya kenalah buat pemerhatian apa yang pelanggan inginkan dan perlukan zaman sekarang ni...Cewaaahhhh berangan-angan pula Lya ni ye...hehehe...
Lya rancang je ni jadi ke tak tu kemudian kiralah sebab sebagai seorang hamba Lya hanya mampu merancang....dan Allah S.W.T yang akan menentukan segala-galanya.
Pada kawan-kawan yang dah mencapai cita-cita tu Lya harap kalian semua bersyukur dengan segala pemberian yang dikurniakan-Nya dan semoga kalian berbahgia selalu tau....Dannnnnn satu lagi Jangan lupa bahawa segala-gala yang dikurniakan pada kita ni hanyalah pinjaman jadi janganlah sia-siakan dan riak dengan apa yang kita miliki sekarang....tak baik riak-riak tau Dosa, Allah S.W.T tak suka....
Mohon Allah tetapkan hati kita. Sebab
sememangnya syaitan itu ada dalam diri kita dan sentiasa membisikkan
rasa-rasa jahat untuk hadir, maka dengan hanya berzikir dan
beristighfar, In Sha Allah boleh menetapkan hati kita dan menjaga iman kita
daripada rosak dan akhirnya merugikan diri kita sendiri.
p/s:
Amalkan zikir nabi Yunus a.s :
"laillaha illa anta, subahanaka inni kuntu minaz-zolomin"
maksudnya :“Sesungguhnya
tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha
Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya
aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
No comments:
Post a Comment