lieya

lieya

Monday, June 27, 2011

Pandanglah Menggunakan Mata Hati

Kehidupan ini penuh dengan ranjau...
penuh dengan pancaroba.Penuh dengan ujian.
Tetapi itulah dinamakan warna-warni kehidupan.
Kehidupan kita juga diwarnakan dengan pelbagai ragam manusia,
ada yang merasa megah dengan kekayaan, pangkat dan harta.
Kita merasa angkuh dengan kurniaan ilahi. Kemana kita sebenarnya?
Pandanglah ke Langit
Pernahkah kalian memandang ke langit?
anda tidak merasakah bahawa betapa kecil dan kerdilnya kita di alam ini?
Kekadang kita rasa bongkak, angkuh, sombong dengan harta,pangkat dan kekayaan. Cuba kita renung. Adakah ia akan kekal?
Adakah apa yang kita ada ini sudah mencukupkan kita rasa hebat?
Sedangkan harta pangkat dan kekayaan, pencapaian yang ada pasti tidak kemana.
Betapa sedikitnya, dibandingkan dengan kekayaan
dan agungnya kekuasaan ilahi yang ciptakan dunia ini.

Indahnya melihat langit seakan ingin terbang ke udara.
Langit yang membiru itu tidak pernah angkuh dengan kecantikan, kehebatannya.
Langit selalu sahaja menurut perintah Allah
apabila Dia inginkan langit itu suram tidak bercahaya,
langit tunduk dengan perintah-Nya. 
Tetapi manusia?
apabila diuji dengan harta, kekayaan, pangkat, kecantikan
dan perkara itu yang membuatkan manusia lupa bahawa dia lemah,
semuanya kekayaan tidak akan kekal.
Semuanya milik Allah! kita pasti akan MATI.
Pernahkah kita insaf?
pernahkah kita merasa takjub dengan keagungan ciptaan
Tuhan jika dibandingkan apa yang ada pada diri kita ini?

Renung Kembali
Pada satu ketika, kita rasa dengki dengan kekayaan yang ada pada orang lain.
Kita rasa dengki dengan pencapaian orang lain.
Kita rasa kecewa, mengapa ya Allah , aku tidak sehebatnya.
Mengapa aku tidak hebat sepertinya? sebenarnya kita silap.
Tidakkah kita mendengar bahawa Allah swt berfirman:
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa)
hanyalah ibarat permainan dan hiburan; 
dan jika kamu beriman serta bertaqwa, 
Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, 
dan Ia tidak meminta kepada kamu harta 
benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." 

Surah Muhammad Ayat 36..
Kita tidak pernah bersyukur dengan kurniannya.
Adakah kita masih angkuh sedangkan Allah sudah memberi kita secukupnya?
Pandanglah kepada orang yang lebih kurang darimu.  
Bersyukurkah kita? dimana kita berada? landasan manakah?
cuba kita lihat matahari , dia sentiasa mentaati perintah Allah.
Di saat ia terbit dengan megah, tetapi apabila Allah perintahkan ia terbenam,
ia akan terbenam tetapi dengan ketaatan.

Kembalilah , Bersyukurlah
Aku ingin mengajak kalian dan diri sendiri
agar sentiasa melihat orang yang lebih kurang daripada kita.
Kita masih lagi boleh bernafas,
tetapi ada di saat ini orang yang berusaha untuk bernafas
menyedut udara kerana nazak di ambang sakaratul maut.
Ada yang tiada kaki tetapi dia masih bersyukur
kerana anggota lain masih ada dan sentiasa lakukan amal ,
sedangkan kita yang ada kaki jarang bersyukur.
Sampai nak menjejak ke rumah Allah pun, kita masih kurang.
Ada yang tiada mata, tetapi dia masih bersyukur dan terus bersyukur
untuk mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Tetapi kita yang ada mata sanggup memandang perkara haram.
Kita ini selalu lupa siapa kita?
Apa tujuan kita dihidupkan di dunia.

Manfaatkan hidup sepenuhnya
Manfaatkanlah dirimu untuk kehidupan Akhirat.
Tugasmu adalah mentarbiyah manusia untuk kembali kepadanya!
Tugasmu adalah untuk mengabdikan diri kepada pencipta.
Kekayaan yang kita ada, pangkat yang kita ada jika kita manfaatkan untuk akhirat .
ia pasti akan berharga.
Janganlah ada perasaan iri hati dengan pencapaian orang lain.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Usahalah semampu yang boleh...
Sesungguhnya Allah menilai kita berdasarkan kualiti bukan kuantiti.
ada yang solat tahajjud tetapi  perasaan bongkak ada dalam dirinya.
Tiada guna langsung walaupun dia bersolat sebanyak seratus rakaat.
Tetapi jika seorang hamba Allah melaksanakan solat tahajjud ikhlas kerana Allah
walaupun satu rakaat, tetapi betapa besarnya di sisi Allah.
kembalilah kepada jalan Islam.
Manfaatkanlah masa yang ada dengan amal.

Wallahualam....
hasil copy paste:

Formula Kejayaan

Mari kita bercerita tentang kejayaan. Kejayaan merupakan impian semua orang. Semua orang ingin berjaya. Ada orang mungkin ingin berjaya di dunia sahaja. Ada orang mungkin akhirat sahaja. Ada orang inginkan keduanya. Yang mana satu pilihan kita, kita yang memilihnya.
Banyak program motivasi yang meceritakan tips-tips untuk berjaya. Bermula dengan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup, senaman setiap hari, belajar dengan kosisten dan macam-macam lagi. Pendek kata, andai kita menghadiri program motivasi, pasti jenuh tangan menulis dan menyalin tips untuk berjaya. Mudahnya, berjaya tidak semudah dikata =)
Kejayaan mempunyai daya tarikan yang unik. Semua orang akan tertarik kepada kejayaan. Cuma yang peliknya kenapa bukan semua orang berjaya?
"Kejayaan adalah tabiat!
Orang yang berjaya adalah orang yang secara konsistennya berjaya. Keupayaan untuk menjadikan kejayaan itu sebagai satu tabiat adalah satu kejayaan sebenarnya.
Kejayaan itu bersifat 'konsisten dan terus', sebab itulah ia merupakan satu 'tabiat'. Tabiat itu adalah sesuatu yang selalu kita ulang-ulang dan akhirnya menjadi kebiasaan. Maka kalau kita selalu berdampingan dengan kejayaan maka kita akan sentiasa mengulang kejayaan.
Untuk mula berdampingan dengan kejayaan, mulakan dengan perkenalan dengan orang-orang yang berjaya. Memahami kehidupan orang yang berjaya akan memastikan kita jelas jalan untuk berjaya.
"Point yang kedua adalah kejayaan merupakan satu proses." 
Proses memerlukan masa. Sabar dan istiqamah adalah dua persediaan diri yang perlu ada untuk berjaya. Semakin besar kejayaan yang ingin kita capai, semakin tinggi kesabaran dan istiqamah yang perlu ada dalam diri kita.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Cukup tepat sekali pepatah lama yang sudah berkurun usianya.
"Yang terakhir, kejayaan itu cukup untuk semua orang. Namun hanya yang berusaha untuk berjaya sahaja yang akan mendapat kejayaan!"
hasil copy paste:


Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

hasil copy paste:


winduuuuu......

Dah lame rasenya x update belog ni...ade pminat aq dah tertunggu2 nk bce brite terbaru dari aq erk...kepada husniza husain sabor2la yer...aq taw ko winduu sama aq kan...
dont worry babeh aq pon winduu kamoo juga..hehehe
tentang cerita terbaru aq 6t ade mase aq akan karang kat sini erk...cerita lame pon aq xkarang lg...ttg hari last aq & kawan2 di kampus sintoque tuh....
sekarang dah jadi pelatih praktikal kat opis ni bz sikit( macamla bz sbb dh buat laporan ptikum) hahahahaha
k la cau dlu yer hihihi
bye3...muahhhhhh