lieya

lieya

Tuesday, February 26, 2013

mY BuAh4 hATi....


Salam....

Bosanlah hari ni..xda kawan nak sembang-sembang...kepala pula dah ting tong sebab masa rehat tadi Lya tidur kejap..jenis Lya ni tak boleh tidur kejap-kejap mesti tidur lama-lama baru segar gitu hehehe....Lya nak share story about MY BUAH4 HATI...banyak buah kan sampai empat kali tu...Kenalah tulis macam tu sebab sekarang Lya dah ada 4 orang buah hati...Buah hati yang tutttttt tu  tak termasuk taw...yang tu nak ada satu je tak mau 4 susah lak nak jaga nanti...

Buah Hati Pertama Puteri ainul Mardhiah

Dilahirkan tanggal 23/03/2011 seorang yang sangat-sangat aktif...Kalau bawa shopping letih & tak larat nak melayan kerenahnya..terkejar-kejar boleh semput...Mulut pulak ya Allah semua pandai kalau dah meraung boleh pekak telinga. tapi ni lah satu2nya penyeri kat rumah Mak sebab yang lain tinggal jauh.

Buah Hati Kedua Puteri Qalesya Alia

Dilahirkan tanggal 07/06/2011 seorang yang sangat ceria dan aktif..yang ni tak pe nak bawak shopping sebab jenis takut kalau berada di sekeliling orang ramai tapi letih nak mendukung pulak..berat kot boleh patah pinggang nih.

Buah Hati Ketiga Puteri Syasya Qaisara

Puteri lagi kan bila nak Putera xtaw...Rileks2 Nanti adalah puteranya tu xkan nak puteri je kan. SyaSya dilahirkan tanggal 27/04/2012. Seorang yang masih manja dan xboleh nak berpisah dengan mama & papa dia a.k.a Di mana ada mama & papa Syasya, di situlah ada Syasya..hehehe

TARANNNNNNNNN.............
*
*
*
*
*

Buah Hati Keempat Putera Qalif Naufal

Inilah satu-satunya Putera dalam keluarga kami. Dilahirkan tanggal 18/09/2012. Qalif ni masih kecik tapi sangat debab kan suka cubit pipi Qalif ni. Qalif seorang putera yang baik sebab xkuat meragam, kerjanya minum susu & tidur je.... : )


Lain-lain foto untuk ditatapi.....
 
Dinner Tiga Sepupu

Puteri Ainul & Puteri Qalesya kecik-Kecik Dulu

Pembuli Tegar Kucing

P/S: Mak Lang Sayang Korang Semua Sangat-Sangat taw....Jangan Nakal-Nakal Nanti Kena Cubit... 

Sang Mantan....

Salam....

Hari ni Office ni sibuk sangat... telefon kaunter ni asyik berdering je..xreti nak berhenti agaknya..pening dah eden nak melayannya...tapi xpe Lya kena sabar sebab dah jadi tugas penjaga kaunter pertanyaanlah kan..sabar jela... Keadaan bertambah sibuk sebab sekarang sedang berlangsung majlis penyerahan  BR1M 2.0 kepada ketua isi rumah DUN Pengkalan Berangan. Lya tak terlibat dengan program ni sebab Lya kan single tak kahwin lagi dik oiii....hehehe
Dalam kesibukan tu sempat jugalah Lya sesekali menjeling ke luar pintu office ni. Duk sibuk menjeling tu ternampaklah kelibat seorang lelaki yang dulu pernah ada dalam hati ni. Dia lah sang mantan yang Lya maksudkan. Lya ok je, sempat juga bersembang dengan dia. Sembang biasa-biasa je ok no feeling2 again. Dia nampak sedikit demok sah-sah memang sedang bahagia di samping wife tersayang. Baguslah Lya pun tumpang gembira. In Sha Allah bulan May nanti dia akan bergelar "PAPA". Lya doakan semoga semuanya akan selamat & dia berbahagia hingga ke akhir hayat...Amim...

* Bila terserempak je dengan dia ni mesti Lya terasa nak dengar Lagu Aris Ariwatan-Lamunan Terhenti...so, jom kita layannnnnn....

Monday, February 25, 2013

Rumah diceroboh....

Salam...

Tanggal 21 Februari 2013 baru-baru ini rumah Lya dicerobohi pencuri..Lya kenal budak ni dan dah jadi tabiat dia ambik barang orang. Petang hari kejadian macam biasalah jam 3.30 p.m Lya balik keje. Sampai je kat umah adik Lya bagitahu mak suruh pergi umah mak sedara sebab ada Majlis Bacaan Yasin. Mak Lya dah ada kat sana dah so adik Lya ni sorang2la kat rumah tu. Lya masuk bilik & campak handbag kat tempat biasa. Tiba-tiba tergerak hati nak ambik hanset, so Lya ambik  handset & terus keluar p rumah mak sedara. Dalam jam 5.00 p.m lebih sikit lah adik Lya hantar kunci rumah kat mak Lya & bagitahu suspek mengelilingi rumah Lya. Adik Lya ni takot punya pasal dia kunci semua pintu & tingkap & terus p umah mak sedara Lya. Masa tu tak pikir apa2lah sebab semua pintu & tingkap dah berkunci. Kebetulan petang tu jiran sebelah rumah Lya pon xde kat rumah so lagi mudah lah budak tu nak menunaikan niatnya tu. Majlis Bacaan Yasin tu selesai dalam kul 5.30 p.m siap je tetamu2 ni makan Lya tolonglah Mak sedara mencuci pinggan mangkuk+ periuk belanga semua. Siap mencuci tu mak Lya ajak balik. Sampai kat umah pintu depan berkunci elok je tapi ayah tiri Lya tengok pintu dapur terbuka. Dengan perasaan yang agak cemas Lya masuk bilik & tengok keadaan bilik agak berselerak, Lya terus buka handbag tengok2 duit & cincin Lya lesap. Masa tu memang rasa dah nak nangis dah duit Lya xkisah tapi cincin tu yang penting. Tanpa berlengah agi Lya ajak mak pergi cari budak tu. Mungkin masih ada rezeki Lya kot sampai tepi jalan besar tu Lya jumpa kawan si suspek ni. Dia bawa kami jumpa suspek. Sampai je Lya nampak cincin Lya kat jari dia, Lya pegang baju dia & mak pegang tangan berlaku sedikit pergelutan & akhirnya Lya dapat balik cincin Lya. Sakit hatinya terang2 dah dia ceroboh umah Lya tapi mati2an xmengaku rasa nak lempang je muka budak tu. Nak lapor polis pon kesian fikir anak beranak. Malam tu bila check2 balik rupanya ada lagi barang2 yg hilang antaranya jam tangan, seluar jeans abg, handset abg & handset C5 yang Lya kurung dalam laci sendirian tu pon lesap. Abg Lya berjaya dapatkan balik handset dia atas bantuan konco2 dia & barang Lya yg lain xpelah anggap je dah xda rezeki Lya. Halalkanlah je...(ikhlas @ x xtahulah) hehehe...

P/s : jangan tinggal rumah kalau dah nampak orang yang mencurigakan ada dekat kawasan rumah kita ye...

Sunday, February 24, 2013

oooomakkkk aaiiii....

Hari ni rasa malas sangat nak masuk keje al-maklumlah dah 2 hari bercuti so tiap ahad je mesti liat je nak bangun awal2, nak masuk keje..sunday sickness nih...Hari ni masuk ofis tengok2 pengarah baru dah ada..takot.....Lya ni kan penakot so buat2 berani lah...walau hati kat dalam tu macam dah nak gugur...tapi nampaknya pengarah baru ni macam ok je...orang Penang anak mami kot hehehe...Tadi, masa memperkenalkan diri tadi Lya dah dapat tugas baru jadi P.A pengarah untuk sementara waktu nih...huhuhu best kan....apa yang Lya takotkan selama nih dah jadi realiti lah...Lya takot...tapi xpelah Lya akan cuba buat yang terbaik. walaupun Lya xlama kat sini sekurang2nya kat sini Lya dapat timba banyak pengalaman kan....thinking positive okeh....xmau takot nak jadi berani hoooyeeehhhh....k Bye nak sambung buat keje lak...

Thursday, February 21, 2013

Subhaanallah, Keajaiban Air Mata Manusia




Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa bilang orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis bleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

P/s : rasa nak nanges jelah....huhuhu....sabor3...kamu harus kuat....

Lagu & Kenangan.....

Salam Sayang semua...
Entry Lya kali ni nak bercerita tentang Lagu dan Kenangan...Lya percaya setiap lagu itu pasti akan ada kenangan untuk kita semua kan...macam dah sagmen radio Lagu dan Kenangan lah pulak kan...tapi Lya bukan D.j nya yerr jangan salah sangka...langsung xda bakat nak jadi D.j nih....ukur baju badan sendiri la kan...
Ok...moh moh moh...Lya nak share Lagu & Kenangan sepanjang hidup Lya ni lah kan....

1. Lagu Kau Bina Mahligai Dari Airmataku-Lestari

* Lagu ni adalah lagu first yang Lya minat dalam hidup Lya selama ni Lya xminat dengan lagu2 ni...masa ni Lya baru umur 8 tahun a.k.a darjah 2 la..mula2 Lya dengar lagu ni sewaktu Lya kat Rumah Kongsi tempat mak Lya keje dalam hutan mane ntah dah lupa...

2. Lagu Spin

* Masa darjah 5 pulak Lya dah mula gilakan lagu2 kumpulan Spin.  Lya minat sangat kat ahli2 kumpulan Spin ni terutamanya kat arwah Achik suke sangat...gediks je kan......Semua lagu2 Spin ni Lya salin liriknya & nyanyi masa kat bilik air hehe...Punyalah gila sangat time tu kat kumpulan Spin ni Lya sanggup beli semua majalah yang ada Achik lepas tu Lya potong gambar2 arwah Achik ni & simpan dalam album gambar...sekarang xtaw dah ke mana album gambar ni..huhu
p/s Takziah tuk keluarga arwah Achik- Al-Fatihah.....turut sedih...

3. Lagu  Matahari- Amuk

* Lagu ni Lya minat sebab adalah seorang kawan Lya tu minat dengan lagu ni so dengan tak sengajanya Lya pon terminat jugak dengan lagu ni...( kawan ke....) hehe

4. Lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih-Hattan

* Lagu ni pulak Lya minat sebab dulu abang angkat Lya ada nyanyi lagu ni kat Lya siap hantar funtalk lagi nyanyi lagu ni...sweet sangat...lepas tu terus minat lagu tu..sekarang abang angkat Lya ni dah kawen 7 ada anak taw...=)

5. Lagu May & Aris Ariwatan- Lamunan Terhenti

* Seterusnya, Lya minat lagu dari May...bukan sabun May taw tapi lagu kumpulan May okeh...sila faham  & jangan salah faham...Lya minat lagu May & Aris Ariwatan ni sebab cinta monyet Lya dulu suka sangat dengan lagu-lagu ni tapi yang paling lya minat lagu gadis Bertudung Putih...lagu ni dia pernah tuju pada Lya..tapi sekarang dia dah kahwin pon & bakal menimang cahaya mata....=). 

6. Lagu Once- Dealova

*  Lagu ni pulak adalah sorang mamat tu tuju kat Lya...tapi sekarang mamat ni dah xdapat di kesan lagi dah...tapi yang pasti dia masih hidup...hehehe

7. lagu Bencinta- Faizal Tahir

Lagu ni pulak dapat mengingatkan Lya pada seorang hamba Allah yang boleh dikatakan agak sombong & gila2 jugaklah...kasar orangnya tapi Lya tetap boleh kawan dengan dia...Sekarang dah berjaya agaknya maklumlah anak org berada...ummmmmm....

8. Lagu Hanya Padamu- Qiara

* Lagu ni adalah someone tu tuju kat Lya...siapa dia seharusnya rahsia....lalalala

9. Lagu Mungkinkah- Spider & Sheila Abdul

* Lagu ni Lya tujukan kepada seorang sahabat Lya...lagu ni sangat bermakna buat Lya hehehe...

oklah Lya rasa setakat ini je lah perkongsian Lya kepada semua k... 

Wassalam...Bye...

Corat Coret...

SALAM...

Hai semua apa khabar semua..semoga sihat2 sentiasa di samping keluarga & insan tersayang. Lya macam biasa la bahagia je...( bahagia ke??? hahaha confius2....). Agak lama juga lah Lya x update incik belog Lya ni..sedar @ tidak sekarang kita dah berada dalam tahun 2013 tahun barula bagi entry terbaru Lya ni...nampak sangat dah lama xupdate belog kan..
Tahun ni Lya xda azam pun sebab bagi Lya azam2 ni semua xboleh pakai buat diri Lya.. azam je banyak bertimbun2 tapi tercapainya tidak...untuk merawat hati sendiri daripada terus berharap & terluka dengan azam2 tu tahun ni Lya dah campak semua azam tu dalam sungai..mungkin dah xde kot dimakan ikan2 duyung & duyong dalam sungai tu...ada ke ikan duyung & dugong dalam sungai erkkkk ( sambil tangan garu2 kepala...ahhh lantakla kan xpenting pun kan...kui...kui...kui....
nak citer apa ye kali ni....xde idea pulak rasanya...sat ye nak fikir.....fikir...fikir....(sambil tangan main2 dagu)
x tahulah nak citer apa Lya tulis jelah apa yang Lya rasa nak tulis ye....jangan marah erk...hehe
Agak2 korang tahun ni apa korang nak buat erk...keje ke kahwin ke bertunang ke bercinta ke bla...bla...bla... @ apa2 jela...Lya xtaw la nak buat apa langsung xnampak hala tuju lagi...ramai kawan2 Lya tahun ni yang dah nak kahwinla...nak bertunangla nak dapat cahaya matala and so on la tp Lya masih samar...ke mana arah hala tuju pun Lya xtaw...sedih kan jadi cam Lya ni xda matlamat lagsung kan...korang jangan jadi cam Lya ni ye, di LARANG sama sekali okeh....kan merana badan. 
Bermula awal tahun 2013 ni Lya dah tak keje dengan sepupu Lya dah tapi Lya da sambung belajar balik...tapi bukan sambung MASTER ye no...no....no.bukan saatnya lagi Lya nak sambung master tu... Lya just sambung belajar sebagai seorang pelatih Kursus Graduan Menganggur  khas untuk anak2 Terengganu . Kursus ni sampai bulan 6 ni je lepas ni Lya akan kembali menjadi penanam anggur yang terhormatla nampaknya...Lepas ni Lya nak buat apa erk...ntahla...sama2lah kita tunggu & lihat ye sesungguhnya Perancangan Allah S.W.T tu lebih baik kan....ayat pasrah tu....hehehe okla...Bye semua......