Titik Refleksi (titik pusat urat saraf) di tapak kaki
Tapak kaki dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan.
Tetapi kalau kita terus menerus `menindas' kaki, misalnya dengan
menyarung kasut yang tidak sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya,
lama-kelamaan kaki akan mengalami tekanan berlebihan.
Kesannya bukan sahaja pada kaki tetapi boleh menjejaskan kesihatan tubuh
secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang. Sebilangan
besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut adalah berpunca
daripada fungsi kaki yang terjejas.
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi,
107 ligamen dan 19 otot. Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki
boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu,
tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap
organ dalaman individu.
Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan
yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif
dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga merupakan rawatan yang berguna untuk kesihatan badan
kerana kajian membuktikan ia berupaya mengurangkan tekanan dan
mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang
optimum. Ilmu refleksologi ialah urutan pada titik refleksi yang
terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari
China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke
seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini
adalah ia selamat namun rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah
kesihatan tubuh badan anda.
Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada
kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian
refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan
pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara
anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan
untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam
tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.
Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré ini sesuai kepada semua peringkat
umur selain memberi kesegaran berpanjangan. Rawatan berkenaan juga
membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika
bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan
berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini
mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing,
jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.
Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan
sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang
pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang
gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan
dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30
tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan
pergerakan.
Secara ringkas, kelebihan rawatan refleksologi kaki berupaya :-
-
Melancarkan pengaliran darah
- Meningkatkan daya tahan individu
- Mengurangkan risiko tulang reput
- Melancarkan pergerakan
- Menguatkan otot kaki
- Menguatkan tulang dan pinggul
- Mengurangkan risiko sakit sendi
- Mengurangkan kencing tidak lawas
- Mengurangkan rasa letih
- Mengelak risiko sembelit
- Mengurangkan masalah usus
- Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan(sumber:Cyber Health) .
wah..doktor yati...tq tok mklumt yg sgt bgna ni yea..hehehhe
ReplyDeletesama2 adeq aishah kita...sharing is caring kan...hehe
ReplyDelete