lieya

lieya

Saturday, April 11, 2015

Assalamualaikum.....
hai ape khabar semua....rasanya dah terlalu lame lya xupdate incik belog lya ni kan...tengok tuh dah bersawang....kan3....
dah terlalu banyak peristiwa suka dan duka berlalu dlm hdup lya sekarang tapi malam ni lya nak kongsi ttg kehidupan baru lya.....

taran.......

setelah hampir 7 tahun lya mr J ni berkenalan setelah byk suka dan duka yg tercipta dlm perkenalan ini akhirnya pada tanggal 20 Mac 2015 hari jumaat jam 10.45 pagi lya dan mr J selamat di ijab kabulkan...maka berakhirlah hidup bujang terangtang tang lya ni....

antara pic yg sempat ditepek hari ini:


zasssssssssss









semoga ikatan ini setia dan kekal hingga ke jannah....amin....

Thursday, March 13, 2014

Rindu.....

Salam.....

Hari ni Lya hanya mampu ucapkan Lya Rindu nak mengarang kat Encik blog nih tapi masa sangat memcemburui Lya....huhuhu sibuk tu xelah sangat...tapi xde internet le kat umah....sedey kan.....oklah Bye2....
Lain kali Lya cuba mengisi kekosongan di Blog nih k.....salam....

Sunday, November 24, 2013

Realiti Sebuah Kehidupan....

Salam...

Lya rasa berat hati sangat sekarang, walaupun hari ini baru hari Ahad (24/11/13) lagi 4 hari khidmat Lya di ILP Marang sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17 (Pekerja Sambilan Harian) akan tamat. Kiranya ni minggu dan saat terakhir Lya berkhidmat di sini. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka Lya kat sini...biar pun Lya kerja kat sini baru 11 bulan (Kursus T-Gas = Jan-Jun) +(PSH = Jun-Nov) tapi Lya dah selesa dengan pegawai kat sini. 
Mereka semua tak kira pegawai atasan mahupun bawahan semuanya baik, peramah, mesra dan tak lokek ilmu. Lya suka bekerja dibawah seliaan mereka. Banyak juga pengalaman baru Lya belajar di sini. Terima Kasih tidak terhingga Lya ucapkan kepada semua Staf ILP Marang kerana sudi menerima Lya untuk berkhidmat di sini, walau tempohnya hanya sementara tapi Allahamdulillah ini ketentuan Daripada-Nya. Lya rasa sangat bertuah dapat mengenali En. Zul selaku Pengarah di sini...Dia sangat baik, beruntung pegawai ILP Marang ni dapat bos yang begitu baik. Timbalan Pengarah pun sangat baik dan peramah di samping Pegawai-pegawainya Kak Hazama, EO Fatimah, Kak Za, C.C Anida, Kak Ma, Kak Su, En. Ya, En. Riduan, Kak Munirah dan semua lah tak tertaip di keyboard ni sebab ramai sangat. Pada yang namanya tak tertulis di sini jangan risau nama anda tetap tertulis di hati Lya ni...Cewah....ayat kan..hehehehe. (saje je tu nak menghiburkan hati yang sedang gundah gelana ni).
Lya tak kan lupakan kalian semua di sini..apa yang terpahat akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup Lya. Walaupun jarak rumah Lya dengan tempat ni tak jauh tapi Lya rasa selepas tamat kontrak ni pasti Lya dah segan nak datang ke sini kecuali ada kes-kes emergency. Tapi Lya percaya pada Qada & Qadar dari Allah S.W.T andai Lya masih berjodoh dengan tempat ini In Sha Allah suatu hari nanti Lya akan di hantar kembali ke sini..tak sebagai pekerja mungkin sebagai pelajar kemahiran atau apa-apa la kan...ini semua tak mustahil boleh terjadi kan....hehehehe...
Di kesempatan ini, (dalam hujan renyai ini) Lya ingin mengatur 10 Jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang Lya berada di sini Lya ada melakukan kesilapan atau ada melontarkan kata-kata yang menggores hati semua. Pada yang Lya tak pernah sapa @ tegur pun Lya minta maaf...Lya sebenarnya bukan sombong tak nak tegur kalian tapi Lya jenis yang agak berat mulut untuk memulakan perbualan kerana takut nanti termalu diri sendiri. Lya ni jenis agak pemalu jadi susahlah untuk memulakan sesuatu proses komunikasi. Tapi benda ni Lya perlu salahkan diri Lya sebab Lya tak belajar untuk mengikis sifat ni sejak dari awal lagi. Lya tak belajar untuk jadi riuh & mesra dengan orang, Lya tak belajar cara berkomunikasi yang betul sejak dari dulu lagi. Lya minta maaf sangat kerana Lya tahu setiap yang buruk itu datangnya dari diri Lya sendiri dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.


Sweet Memory in ILP Marang..Raya Aidilfitri 2013

Staf Lelaki 

Berganding Bahu Pengarah & Tim. Pengarah

Me & Adik2 Praktikal

Ramai-Ramai
Kak Su..EO Fatimah (Penyelia Lya) & Kak Munirah

Ratu & Puteri ILP Marang...


P/S: Setiap kenangan bersamamu akan terus terpahat di hati & sanubari ini.....I will Miss u all....


Tuesday, October 22, 2013

Dicuci dengan Vanish….

Salam….hari ni Lya nak kongsi sedikit pengalaman dengan korang semua. Tengok pada ayat entry Lya hari ni macam nak kongsi tips2 mencuci baju je kan…siap guna Vanish bagai…Sebenarnya Lya nak kongsi benda lain yang lebih baik untuk korang pelajari nak tahu x????
jeng….jeng…jeng….
hahaha…
x sabar nampaknya yer….sabar…sabar…ok….
Sebenarnya semalam 21/10/2013 (Isnin) Lya telah dipanggil interview oleh pihak SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir  (Kewangan)  W17.  Lya agak tak bersedia untuk menghadiri interview ni sebab last minit baru dapat tahu…tahu tu pun bila Lya terbuka email Lya. Lagi pun minggu ni Lya agak sibuk menguruskan sesuatu. Transport  pun  xde…abang Lya keja, kereta abang ipar lak rosak..lagi malasla Lya nak menghadiri interview ni. Tapi bila difikirkan balik rasa rugi kalau tak pergi kan…Allah S.W.T tu dah bagi Lya peluang ni, so Lya perlulah mencuba nasib kan….
Asalnya Lya rancang nak pergi dengan adik Lya tapi x jadi lak. Memang dah putus asa rasanya Lya tak kan pergilah kan. Tak senang duduk jugak sebenarnya masa tu maklumlah ada orang bagitahu kalau kita tak pergi interview ni pihak SPA akan blacklist nama kita..Tolonglah…Lya nak jugak keja Gomen…Puas fikir tetiba teringat seseorang…tanpa segan dan silunya Lya mesej dia & dia sudi bawakan Lya.
Malam semalam Lya adalah study sikit, baca tentang pengetahuan am..nama-nama menteri, bidang tugas dan isu-isu semasa. Bila otak dah rasa xboleh terima apa yang Lya baca so apa lagi 
zzzzzZZZZZZZZZZZ.........................
 tido ler kejenya. Pagi menjelma…saat ayam baru mengepakkan sayapnya Lya bangun, mandi & menjalankan kewajipan sebagai seorang hambaNya…Macam biasa Lya ke office & isi borang keluar . Lya xambik cuti sebab interview ni rasanya kejap je, rugi lak kan kalau ambik cuti. hehehe jahatkan…..
Lya punya interview kul 10.00 a.m  tapi jam 9.30 a.m Lya dah sampai. Masa tu Lya tengok xde orang mane pun..Lya orang ke-3 yang sampai dan akan diinterview..belum siap pegawai kat kaunter pendaftaran check Lya punya fail, panel penemuduga dah tekan loceng minta calon masuk ke bilik interview…Ya Allah takutnya rasa berdebar-debar hanya Tuhan yang tahu…nasib baiklah pegawai kat kaunter tu bagitahu belum siap check fail Lya…so ada masa lagi untuk Lya mengawal ketakutan & kegementaran Lya ni…. (betul ke ayat tu) hehehe.
Tiba masanya……..

Dengan sopannya Lya mengetuk pintu bilik temuduga tu…macam biasa bagi salam, fail dan duduk bila panel dah bagi green light. Gementar masih ada…mula2 sesi memperkenalkan diri…suara Lya agak tersekat-sekat…Panel tu banyak Tanya pasal latar belakang Lya kenapa xnak sambung master…cukup ke gaji gred 17 untuk Lya & banyak lagila…Apa yang Lya respect kat dua orang panel ni, dieorang banyak bagi nasihat & tips temuduga untuk Lya. Walau Lya tahu Lya xlepas interview ni tapi Lya rasa berbaloi  ke interview ni. Lya dapat pengalaman & kritikan yang membina dari dieorang. Dieorang ckap Lya kena pandai market diri Lya, kena  baiki komunikasi Lya..Lya sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan dieorang yang xlokek berkongsi ilmu dengan Lya…In Sha Allah Lya akan cuba buat yang terbaik satu masa nanti. To panel En. Zabidi & cik/pn. Ifa terima kasih sangat….Lya suka cara korang…Lya janji Lya xkan berputus asa & Lya akan cuba buat yang terbaik lepas ni….

Wednesday, September 4, 2013

LYA vs KEBOSANANG...

Salam....

Hari ni Lya rasa bosan sangat-sangat...biasala bila bos tak ade anak-anak buah semua beraya sakan ye...Oh ya sebut pasal raya, Lya rasa masih belum terlambat (biarlah dah hujung2 syawal nak wish jugak) untuk Lya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Maaf Zahir & Batin. Tak lupa juga untuk Lya mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke- 56. Bersyukurlah kita kerana negara kita ini masih aman damai tiada peperangan seperti di negara-negara luar tu..Walaupun harga minyak dah naik 20 sen, tapi kita kena berpandangan positif dengan perkara ini ok...(positifkah kita???)
Malas nak ulas pasal isu-isu semasa ni ye so, kita lupakan pasai minyak-minyak ni kita cerita pasai lain.
tukar channel ye....press button 1...2.....3..... 

Ok bertemu lagi kita dalam rancangan bosanku, bosanmu jua..hahaha....oitttttt minta maaf apa Lya merepek ni...kat sini pon anda dah boleh tengok tahap kebosanang Lya tahap mana kan hehehe......Sorry...
 
MiNtaK MaaF yEr.....
Buat masa ini Lya rasa tak ada benda penting yang nak dikongsikan kat sini...
Kerja Lya Allahamdulillah Allah masih beri Lya rezeki sambung kontrak 3 bulan lagi. Walaupun kerja ni hanyalah kerja sementara Lya percaya Allah tu dah atur yang terbaik untuk Lya. Lya bertawakal dan berserah hanya pada-Nya. Dia maha mengetahui akan segala-galanya kan. In Sha Allah Dia pasti akan tolong kita bila tiba saatnya... In Sha Allah....
ok...ok...ok....... 
Lya rasa sampai di sini saja la Lya nak berceloteh..lenguh pulak jari kita ni nak menaip dan merepek panjang-panjang...oklah...Bye...Bye...

SELAMAT HARI MERDEKA......
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

Thursday, July 25, 2013

Puasa & Raya


Salam.....

Alamak cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar sekarang dah 16 Ramadhan. Masa ni kebanyakkan kita dah berada dalam mood raya dah kan...Masing-masing sibuk nak siapkan kuih raya, siapkan baju raya tambah-tambah yang mengambil upah mesti rasa tak cukup masa...Lya tempah je baju raya tahun ni...tak banyak adalah 4 pasang...(hampeh je kan kata tak banyak)  
HeHeHeHe....


Kuih Raya lak Lya tak buat apa lagi...perancangan nak buatkan tu ada tapi mood RAJIN Xmai lagi so tak dak apalah kan kalau dah Mood tu tak muncul-muncul lagi..huhuhu...(xdak ke org nak derma kuih kat Lya, nanti xyah buat dah) Kurang ajor kan ayat minta derma lak, banyak cikadak ang...errrrrrrrggghhhh Tolong Rajin-rajinkan diri anda ye Cik Lya..Tak nak Malas-malas tak nak...tak nak...tak nak tau....
Lempang laju-laju baru tau.



Marah ni...marah ni....silalah nanges...Puasa tahun ni Allhamdulillah masih full....rasa seronok & bersyukur sangat kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini..In sha Allah moga-moga apa yang kita amalkan diterima oleh-Nya..Amin....Harap-harap Puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas..Mood raya pon sekarang ni dah ada dah tapi masih dalam 40 peratus lah kot hehehe..Banyak benda nak kena buat ni..nak kemas umah lagi...nak buat kuih lagi..& macam-macam lah masih dalam perancangan jadi ke idak tu tak tahulah kan..kita sebagai insan hanya mampu merancang...heheheHarap Raya tahun ni my beloved brothers & keluarga dia balik beraya kat kampung barulah meriah suasananya...rumah sesak dengan penghuni...Tak kisahlah walau rumah kecil tapi yang penting penghuninya bahagia...Oklah nak sambung buat kerja la pulak, Lya chaw dulu lah ye ok papai...Selamat Berpuasa Semua....Jadi Budak Baik taw



Salam...