Hari ni Lya nak kongsi sikit info tentang erti sahabat, rakan, kawan & kenalan. Kadang-kadang kita anggap semua tu sama je kan tapi selepas Lya google terjumpalah info ini kat sebuah belog...
Sahabat
Sahabat adalah orang
yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki
hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada
adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan
persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi
manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah
seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan,
meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi
kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban
kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak
semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka
akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang
membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah
orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi
kita.
Sahabat kadangkala
adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang
yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan,
perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah
orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta
peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki
masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya
terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki
persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan
dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama
kawan .
Kawan mungkin boleh
berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi
lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan
mungkin boleh terputus.
Rakan
Rakan ialah
perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat,
kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu
organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan
sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu
kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang
yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan
rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu
tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak
lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat
untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat,
ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh
dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai
kenalan.
Kenalan
Kenalan pula mungkin wujud
sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila
mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah
kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak
dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada
dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak
semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh
meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel
dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100%
boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi
kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi
perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
so sekarang Lya dah tahu siapa itu sahabat, rakan, kawan @ kenalan. Pada semua pandai-pandailah kita nak mencari & menilai seorang tuk dijadikan sahabat, rakan, kawan @ kenalan kerana sahabat, rakan, kawan @ kenalan ketawa senang dicari tapi sahabat, rakan, kawan @ kenalan menangis satu belum tentu ada dalam seribu tau....( ~ ____* )
sekian....wassalam.
hmmm...sy kategori yg mne 2??hehheh...
ReplyDeleterahsia hehehe
ReplyDelete