Jangan bersedih...
kerana Qadha telah ditetapkan
takdir pasti akan terjadi
tulisan-tulisan telah kering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah dilipat
dan semua perkara telah habis ditetapkan...
Walau betapa sedihnya dirimu
ia tak akan merubah sesebuah kenyataan yang akan terjadi
ia tidak akan berkurang dan juga tak akan bertambah
Jangan bersedih...
kerana kesedihan itu akan mendorongmu
untuk menghentikan putaran roda-roda kehidupan..
mengikat matahari agar terus terbenam
memutar jarum jam kembali ke masa silam
berjalan ke belakang dan membawa air sungai kembali ke sumbernya semula..
Jangan bersedih...
kerana rasa sedih itu umpama angin puyuh yang hanya akan menganggu arah angin
menyebabkan banjir di mana-mana
mengubah cuaca dilangit dan bisa
menghancurkan bunga-bunga nan indah di taman...
Jangan bersedih...
kerana orang yang bersedih itu umpama
seorang wanita yang mengurai pintalan tenum setelah kuatnya pintalannya...
umpama seorang yang meniup belon yang berlubang
dan ibarat seseorang yang yang menulis di atas air dengan tangannya....
Jangan bersedih...
kerana kehidupan kita yang sebenarnya adalah
dengan mendapat kebahagiaan dan ketenangan hati
oleh itu, jangan habiskan usia kita dengan kesedihan ..
jangan bazirkan malam-malam kita dengan meratapi kekecewaan
jangan bazirkan minit-minit kita dengan kegundahan hati
dan janganlah berterusan mempersia-siakan hidup kerana
Allah s.w.t tidak suka kepada orang yang keterlaluan berduka.....
Renung-renungkan......
Renung-renungkan......
No comments:
Post a Comment